“Muka Cuak Terus!” – Abam Akhirnya Bersemuka Dengan Pak Cik Pertikai DNA Anak

Siapa saja yang mampu bersabar apabila anak sendiri sewenang-wenangnya dihina oleh orang? Demikianlah perkara yang dihadapi oleh pelawak terkenal Abam Bocey baru-baru ini. Pada 15 Jun lalu, isterinya selamat melahirkan seorang anak lelaki dan ramai yang mengucapkan tahniah buat dirinya. Namun begitu, ada pula seorang pak cik yang seakan-akan mempersoal status zuriatnya  di ruangan komen sekaligus mencetus kemarahan Abam.

Baca : Panas Isu Bertekak, Ini Kisah Hitam Tentang Ibu Tiri Yang Pernah Dibongkar Abil

Berikut adalah komen yang ditinggalkan oleh pak cik tersebut selepas Abam berkongsi berita kelahiran anaknya. 

Iya ke? Kena check DNA tu…

Ini penghinaan yang dahsyat…Saya amat tersinggung dengan komen ini

Menurutnya lagi, dia yang tidak berpuas hati nekad untuk bersemuka dengan pak cik tersebut. Setelah berlanjutan selama beberapa hari, Abam akhirnya mendedahkan isu ini telah menemui jalan perdamaian apabila lelaki tersebut sanggup datang dari Kuala Berang, Terengganu, semata-mata untuk menyelesaikan isu ini.

Maaf dari pihak kami juga…Harap jangan dipanjangkan lagi

Selain itu juga, adik kepada Abam iaitu Ali Puteh juga sempat memuat naik hal sama ke Instagram miliknya.

Terlajak kata tak boleh undur…

Netizen juga kagum kerana Abam tidak mengambil tindakan undang-undang terhadap pak cik ini dan berharap perkara sama tidak berulang lagi.

Muka cuak terus pak cik tu…Lain kali lebih baik diam

Nasib baik jumpa yang bukan nak menyaman…Kalau tak mana nak cekau duit?

Pengajaran…Jangan kata takde orang tua mulut celupar

Sumber : Instagram Syedaliputeh dan Facebook Syed Umar Mohktar

Apa Komen Anda?