“Muka Dia Tak Nampak Penipu” – Lelaki Ini Kecewa Jual Phone Dibayar Duit Palsu!

Sedar atau tidak, sindiket penipuan atau scam dilihat semakin menjadi-jadi sejak kebelakangan ini. Ramai pihak yang tidak bertanggungjawab untuk menggunakan bermacam teknik yang licik dan juga advance, sehinggakan anda langsung tidak terfikir bahawa ianya merupakan satu penipuan. Terbaru, hasrat seorang lelaki yang dikenali sebagai Alif ini untuk memperoleh sejumlah wang dengan menjual telefon pintarnya telah berkecai apabila dia dibayar dengan duit palsu.

BACA: Pinjam RM200K Buat Kahwin, Lelaki Ini Dedah Realiti ASB Loan Yang Ramai Tertipu

Dia letak duit betul dekat depan…yang belakang semua palsu

Advertisement

Menerusi satu luahan panjang di laman Twitter miliknya pada minggu lalu, pemuda ini telah berjumpa dengan seorang pembeli yang dikenali menerusi satu aplikasi jualan atas talian. Namun semuanya terbongkar apabila hampir semua duit itu ‘ditendang’ oleh mesin cash deposit.

Advertisement

PoIis kata duit palsu tak macam dulu…kualitinya sama macam duit sebenar

Advertisement

Tak terfikir sebab muka dia bukan jenis penipu…isteri pun pakai tudung

Berkongsi kisah lanjutnya kepada portal mStar, lelaki ini memberitahu tujuan dia menjual telefon berkenaan demi memperoleh modal untuk upgrade telefon baharu kerana suka ikut trend terkini. Bagaimanapun dia tidak menyangka insiden tersebut akan berlaku pada dirinya memandangkan rupa pembeli juga tidak nampak seperti seorang penipu. Rentetan daripada peristiwa tersebut, Alif turut berpesan kepada orang ramai agar sentiasa berwaspada dengan urusan yang melibatkan penyerahan wang tunai selepas ini.

Advertisement

Gambar sekadar hiasan

Sumber: Twitter aliffshamrazali & mStar

Advertisement

Jawatan kosong di Kisah Dunia. Maklumat lanjut klik DI SINI

Apa Komen Anda?