Hiburan Isu Semasa

Muka Fedtri Yahya Cedera Terbabit Nahas, Isteri Tagih Doa Supaya Lekas Sembuh

Muka Fedtri Yahya Cedera Terbabit Nahas, Isteri Tagih Doa Supaya Lekas Sembuh

Sharing is caring!

Figura yang puitis, mesra dan sentiasa tak lekang daripada senyuman, itulah gambaran rakyat Malaysia terhadap personaliti TV3 bernama Ahmad Fedtri Yahya ini. Selain karier tersebut, dia juga telah menempa nama sebagai antara penulis lirik popular di persada hiburan tanah air. Meskipun hampir memasuki usia 40 tahun hadapan, dia nampaknya masih berjiwa muda malah baru saja berkesempatan membuat liputan langsung sempena Kayuhan Hari Malaysia dalam rancangan MHI semalam.

BACA: Anak Minta Aiskrim, Suara Fedtri Yahya Balas Voice Note Pula Jadi Perhatian

Muka Fedtri Yahya Cedera Terbabit Nahas, Isteri Tagih Doa Supaya Lekas Sembuh

Muka Fedtri Yahya Cedera Terbabit Nahas, Isteri Tagih Doa Supaya Lekas Sembuh


Fedtri terbabit nahas…bahagian muka antara yang paling terjejas tapi kini dah dijahit

Namun begitu, Fedtri Yahya dikhabarkan telah terlibat dalam sebuah nahas pada hari yang sama juga. Perkara itu dimaklumkan sendiri oleh isterinya Nurul Anati menerusi semua laman sosial rasmi pengacara berkenaan termasuklah di Instagram. Gara-gara insiden itu, dia telah mengalami kecederaan serius di muka namun semuanya telah dijahit dalam sebuah operation malam tadi.

Allahuakbar…semoga tiada yang serius & semoga Fedtri cepat sembuh

Justeru, isterinya memohon doa daripada seluruh rakyat Malaysia agar Fedtri kembali sembuh seperti biasa daripada dugaan ini. Sejurus dimuat naik, ruangan komen nyata dihujani dengan ucapan takziah daripada rakan selebriti serta para pengikut. Dalam pada itu, rata-rata mereka mengakui agak terkejut dengan kejadian yang menimpa personaliti TV3 berkenaan.

Muka Fedtri Yahya Cedera Terbabit Nahas, Isteri Tagih Doa Supaya Lekas Sembuh

Muka Fedtri Yahya Cedera Terbabit Nahas, Isteri Tagih Doa Supaya Lekas Sembuh


Muka Fedtri Yahya Cedera Terbabit Nahas, Isteri Tagih Doa Supaya Lekas Sembuh

Sumber: IG fedtriyahya


Nak cerita lagi? Sertai Telegram Erin Sakura di https://t.me/erinsakura

Sharing is caring!

Facebook

Telegram

Topik Panas Minggu Ini