“Muka Ketat Sebab Penat…” – Gadis Ini Dedah Struggle Kerjaya Seorang Nurse!

Setiap kerjaya mempunyai cabaran dan kelebihan masing-masing. Namun antara yang sering dipandang remeh adalah kerjaya seorang jururawat. Pantang silap sedikit, pasti akan ada yang mencemuh dan ramai yang tidak sedar bahawa kerjaya ini menuntut barisan jururawat untuk lebih sabar melayan kerenah pesak1t mereka. Hal ini dijelaskan lagi oleh Syazrah Abdullah yang membuat perkongsian tentang kerjaya seorang jururawat di Facebooknya.

Baca : Penat Belajar Tinggi-Tingi, Tapi Jadi Cikgu Taska Sekadar Basuh Berak Budak Je?

Gambar sekadar hiasan

Kalau sekadar melawat sekejap, kau takkan nampak struggle mereka

Menurut Syazrah, dia sangat kagum dengan ketelusan jururawat ketika menguruskan orang-orang tua. Meskipun bukan ibu bapa kandung sendiri, mereka tetap memberi yang terbaik walaupun ada kalanya mereka agak tegas.

Selamba tukar pampers…Muka ketat sebab penat…

Mungkin ramai yang menganggap jururawat hanyalah sekadar pembantu doktor. Namun hakikatnya, mereka adalah individu yang paling sibuk melaksanakan banyak peranan.

Mereka tak sempat makan…Makan lewat dari orang

Dalam pada itu, Syazrah sempat mengakui dia terbuka mata dengan kerjaya yang penuh cabaran ini setelah melihatnya sendiri bagaimana jururawat menguruskan ibunya.

Skill mereka macam game Super Mario…Takde button over

Takde orang bukak mata tentang kerjaya misi…

Sumber : Facebook Syazrah Abdullah

Apa Komen Anda?