Memasuki pertengahan tahun 2020, ramai di kalangan selebriti telah menyambut kelahiran anak masing-masing. Kini, sebuah berita gembira telah dikongsikan oleh gitaris kumpulan Kristal iaitu Rody Kristal atau nama sebenarnya Mohd Rodi Baharuddin.
BACA: Anak ‘Picky Eater’ Punca Mak-Mak Bertukar Jadi Hulk? Try Pujuk Guna 5 Cara Ini
Rody susah nak telan air liur, cemas macam cari tali gitar yang hilang
Menerusi Instagram, isterinya memaklumkan bahawa mereka telah selamat menimang cahaya mata lelaki sekitar pagi tadi. Niena Azman yang juga merupakan pemain futsal wanita skuad kebangsaanΒ mengucapkan terima kasih kepada doktor kerana kekal tenang sepanjang menjalani proses bersalin itu. Selain itu, wanita berusia 34 tahun ini sempat berseloroh melihat reaksi suaminya yang cemas ketika dia sedang menahan perit melahirkan anak. Di samping itu, mereka juga memohon orang ramai untuk mendoakan kesihatan anak yang hanya dikenali sebagai Baby B.
Tahniah juga buat husband sebab ada geng lagi
Menerusi IG story pula, wanita berkenaan turut berkongsi video pendek menunjukkan reaksi wajah Baby B berhenti menangis setelah dipujuk olehnya. Di ruangan komen pula, rata-rata netizen serta rakan selebriti mengucapkan tahniah sempena detik kelahiran yang bermakna tersebut kepada Rody Kristal dan Niena Azman. Tak ketinggalan, mereka turut mendoakan supaya Niena kekal sihat dan selamat menjalani tempoh pantang.
Sumber: IG Niena AzmanΒ
Nak cerita lagi? Sertai Telegram Erin Sakura di https://t.me/erinsakura
