Bagi setiap wanita, amalan memakai makeup seolah-olah menjadi hobi mereka untuk kelihatan berseri sepanjang hari. Lebih-lebih apabila tiba musim perayaan, sudah pasti pelbagai kaedah solekan yang bakal menempel pada wajah. Bukan sahaja mahu nampak cantik, malah ia mampu memberikan lebih keyakinan apabila berhadapan dengan orang ramai.
BACA:Kongsi Kejayaan Makeup Wajah Unik Pengantin, Reaksi Suami Pula Disoal Netizen
Tapi itulah ramai orang masih tak faham..makeup bukan permanent nak melekat terus di muka
Bagaimanapun, adakalanya individu yang mempunyai masalah muka berminyak pasti berdepan masalah solekan tidak tahan lama. Begitulah perkongsian daripada seorang wanita bernama nisatouch di laman TikTok. Menurutnya, apabila wanita mula nak touch up balik makeup yang telah pudar akibat peluh, ia akan merosakkan lagi ‘hasil seni’ tersebut. Bukan sahaja buruk, malah ia seakan-akan tidak selari dengan yang asal.
Kena jelas satu satu utk membuka mata… ini cara nak touch up balik makeup yang bercapuk
Ketika ditanya mengenai tips untuk mengatasi masalah makeup bercapuk, wanita itu pun terus menunjukkan caranya yang tersendiri. Jelasnya, setiap wanita hanya perlu keringkan sahaja peluh berkenaan dengan menggunakan sebuah kipas elektrik kecil. Apabila sudah kering, barulah ia boleh diperbaiki dengan menyolek secara perlahan-lahan. Hasilnya, tiada lagi kesan tompok-tompok dan dilihat lebih cantik berbanding solekan asal.
@nisatouch #ad Reply to @izwanhs allahu thankyou wan ๐ tp tula ramai orang masih tak faham..makeup bukan permanent nak melekat terus di muka kanโฆkena jelas satu satu utk membuka mata #nisatouchmakeupartist #muamalaysia #tiktok #makeupartist #masukberanda #fyp #beautyhacks #nisatouch
โฌ original sound – Nisa Touch Makeup Artist ๐ฒ๐พ – Nisa Touch Makeup Artist ๐ฒ๐พ
Kenapalah baru jumpa lepas dah lama majlis…time tu pun crack juga nasib baik ada cousin touch up balik
Menjengah pada ruangan komen, rata-rata netizen turut bersetuju dengan nasihat yang diberikan oleh wanita tersebut. Malah, mereka turut mengucapkan terima kasih kerana jarang rahsia seperti ini diperjelaskan kepada umum.
Kredit: TikTok nisatouch
Nak cerita lagi? Sertai Telegram Erin Sakura di https://t.me/erinsakura
