“Muka Pengasuh Tak Pula”- Anzalna Nasir Dedah Muka Pernah Kena ‘Shee Shee’ Anak

Selepas hampir tiga tahun menantikan kelahiran zuriat bersama dengan suami tercinta, Hanif Zaki, aktres Anzalna Nasir kini mengakui seronok bergelar ibu sejak bersalin pada 31 Mei yang lalu. Menurut Anzalna, bayi lelaki yang diberi nama Mohamad Eidrees itu telah melengkapi rumah tangga mereka berdua. Menerusi perkongsian di laman Instagram miliknya, pelakon secantik Anzalna ini juga tak terlepas daripada terkena kotoran najis anaknya itu. Biasalah budak kecil kan, apa dia tahu?

BACA: [VIDEO] “Makan Tetap Makan” –  Gelagat Anzalna Di Wedding Nelydia Lucu Habis!

Eidrees pilih kasih!

Walaupun sedang berpantang dan tidak dapat tidur yang cukup gara-gara perlu menyusukan anak setiap 2 jam, namun Anzalna teruja merasai pengalaman yang cukup berharga itu. Namun apa yang menghairankannya adalah Hanif tidak pernah pun terkena ‘Shee Shee’ dan selalu duduk diam sahaja apabila anak mereka bersama dengannya.

Advertisement

Sengaja memerli suaminya itu dengan panggilan pengasuh, rata-rata pengikut terhibur melihatkan gelagat manja kedua-dua ibu bapa baru ini. Malah mereka turut berkongsi pengalaman sewaktu menjaga cahaya mata masing-masing, serta tips untuk mengelakkan  daripada terkena ‘Shee Shee’ bayi. Dalam pada itu, Anzalna turut berkongsi bahawa anaknya itu telah pun disunatkan hanya selepas usianya mencecah 2 minggu sahaja.

Advertisement

Sumber: IG anzalnanasir88

Advertisement

Share video ini, RM10 milik anda. Maklumat lanjut di Mau Kongsi

Advertisement

Apa Komen Anda?