Tidak dapat dinafikan, setiap manusia di muka bumi ini pasti akan mempunyai ‘pasangan kembar’ yang mempunyai wajah seiras. Walaupun tiada pertalian saudara, namun ada juga yang seakan-akan sama sehingga mengelirukan orang ramai. Lagi-lagi kalau persis seperti selebriti, mungkin moment itu paling sukar dilupakan.
BACA: Seiras Punya Pasal, Kembar Selamba Ganti Masuk Office Sorang Pun Tak Perasan
Uncle Faizal Hussein tolonglah jawab…saya dah penat asyik orang cakap muka saya macam Azroy
Hal sama juga berlaku kepada individu ini apabila sering disamakan dengan seorang pelakon tanah air. Menerusi perkongsian balaustory di laman TikTok, dia telah memuat naik video Faizal Hussein sebelum menggantikan dengan sosok tubuhnya. Sekilas pandang, mereka berdua seakan-akan seiras jika dilihat pada raut wajahnya. Lagi-lagi ketika dirinya tersenyum, memang salin tak tumpah seperti selebriti berkenaan.
Kadang-kadang saya nak tanya dengan mak saya adakah saya ini anak pungut
Pada masa sama, dia sempat mengadu selepas dirinya sering di-tag dalam setiap video pengarah itu. Lebih menghiburkan, jejaka tersebut berseloroh menyatakan dia merupakan anak pungut dan pernah dibuang oleh Faizal ketika masih bayi. Malah, watak Azroy turut dikaitkan selain berjenaka agar figura berkenaan memberikan penjelasan akan statusnya.
@balaustory uncle @faizalhussein_ tolong la jawap. saya dh penat asyik orang ckp muka saya macam azroy ggr … #balaustory #loghatmelaka
Mesti mak bro dulu suka tengok Gila-Gila Remaja, itu yang terkenan tu…suara pun sebijik pula tu
Menjengah pada ruangan komen, rata-rata netizen turut terhibur mengenangkan luahan lelaki berkenaan. Malah, ada juga yang sempat bergurau menyatakan ibunya meminati pelakon itu sehingga menyebabkan wajah mereka seiras.
Kredit: TikTok balaustory
Nak cerita lagi? Sertai Telegram Erin Sakura di https://t.me/erinsakura
