Mula Rapat Sejak Drama ‘Elly & Epit’, Hadi & Dayana Kini Selamat Bernikah!

Bagi yang pernah menonton drama bersiri ‘Elly & Epit’ sekitar tahun 2011 -2013 yang lalu, ingat lagi kah watak rakan mereka, Hujan dan Diana? Biarpun kedua-dua mereka kini tidak lagi beraksi di kaca televisyen, namun pemegang watak tersebut iaitu Hadi Mazlan dan Siti Amirah Dayana telah pun melangsungkan akad nikah pada semalam di Surau At-Taqwa Batalion 4, Semenyih. Terdahulu, mereka telah mengikat tali pertunangan sekitar November tahun lalu.

BACA: [VIDEO] Nikah Paling Comel, Mak Pengantin Terpaksa Demo Anak Kucup Dahi Isteri!

Ini bukan berlakon. Ini betul-betul. Hadi Mazlan & Dayana sudah pun menjadi suami Isteri. Alhamdulillah.

Video sewaktu akad nikah (minit 2:30)

Bersempena dengan detik bersejarah itu, ibu kedua-dua pengantin dan Hadi sendiri menzahirkan rasa syukur di ruangan media sosial masing-masing.

Hari bersejarah bagi kehidupanku & dia…Terima kasih doakan kami

Syukur hari ni anak saya selamat bergelar isteri kepada Ust. Hadi Mazlan..

Dua2 childhood friends…semoga ikatan ini kekal hingga ke Jannah!

Sekitar majlis akad nikah Hadi & Dayana yang berlangsung semalam..

Sumber: IG hadi_mazlan, aidacdaud & FB Anggraini Agam DrAya

Apa Komen Anda?