‘Mulanya Tak Perasan, Tapi Bila Ada Pelajar Minta Izin Nak Makan Baru Nampak..’

Tular di media sosial sejak minggu lepas tentang sikap seorang individu yang memberi sedekah makanan kepada pelajar di sebuah pusat tahfiz tetapi membungkuskannya secara lambak di dalam plastik sampah berwarna hitam. Matlamat tak menghalalkan cara, tindakan individu itu disifatkan ramai sebagai sesuatu yang tidak wajar kerana seolah-olah menjatuhkan maruah pelajar-pelajar tahfiz tersebut. 

BACA: Isteri Suri Rumah, Suami Guru Tahfiz Gaji Cuma RM500. Tapi Rezeki Selalu Cukup!

Makanan mestilah dihantar dalam keadaan baik

Sedih bila dapat gambar tu 

Ibu saudara kepadadua orang pelajar di pusat tahfiz tersebut, Zakiyatul Nisa telah meluahkan perasaan terkilan dan kecewanya dengan sikap pemberi sedekah itu kerana melakukan amal jariah dengan cara yang ‘tidak sempurna’. Pada mulanya, wanita berusia 26 tahun ini telah menerima foto tersebut daripada group di WhatsApp. Terkilan dengan hal itu, dia bertindak berkongsikannya di halaman komuniti di Facebook lalu menjadi tular. 

Gambar sekadar hiasan

Menurut Zakiyatul, guru di pusat tahfiz di Keramat itu tidak mengetahui gerangan si pemberi sumbangan malah langsung tidak menyedari kehadiran plastik berisi makanan itu. Sebaliknya dia hanya perasan dengan kewujudan plastik hitam itu selepas ada pelajar yang meminta izin untuk memakannya.

Antara anak-anak pusat tahfiz di Keramat, Kuala Lumpur

Ustaz tak benarkan pelajar makan 

Mana adab sedekah? Ingat asal makanan je budak-budak suka?

Dua orang anak saudara Zakiyatul yang belajar di pusat tahfiz tersebut berusia 12 dan 15 tahun.

Sumber: FB Tahfiz Surau Al-Aziziah, mStar Online

Apa Komen Anda?