Isu Semasa Kesihatan

Mungkin Bakal Dibenarkan Balik Kampung, Keresahan Pelajar IPT Akhirnya Terjawab

Mungkin Bakal Dibenarkan Balik Kampung, Keresahan Pelajar IPT Akhirnya Terjawab

Ramadhan bakal tiba dan para pelajar masih terkandas di asrama masing-masing. Mereka kian resah serta bimbang jika tidak dapat menyambut bulan yang mulia bersama keluarga tercinta. Akhirnya, segala keluh kesah mereka seakan didengari apabila golongan penuntut berkenaan dikatakan mungkin berpeluang untuk pulang ke rumah masing-masing.


BACA: Rakyat Malaysia Gagal Kawal Diri Pada PKP Fasa 3, Macam Mana Nak Raya Nanti?

Masih dalam pertimbangan

Memetik laporan mStar Online, kerajaan kini dalam pertimbangan untuk membenarkan para pelajar institut pengajian tinggi (IPT) untuk pulang ke kampung masing-masing hasil daripada perbincangan yang telah dilakukan. Akan tetapi, mereka yang terkandas harus menjalani saringan kesihatan terlebih dahulu apabila keputusan sahih telah diumumkan sebagai satu langkah berjaga-jaga. Walau bagaimanapun, prosedur berkenaan masih perlu diperhalusi sebelum keputusannya betul-betul muktamad.


Mungkin Bakal Dibenarkan Balik Kampung, Keresahan Pelajar IPT Akhirnya Terjawab

Mungkin Bakal Dibenarkan Balik Kampung, Keresahan Pelajar IPT Akhirnya Terjawab
Gambar Sekadar Hiasan

Keputusan mungkin mengambil masa

Menurut pihak kerajaan, penuntut IPT ini boleh dianggap sebagai bebas daripada wabak berkenaan kerana telah mengkuarantin diri masing-masing selama hampir 28 hari. Selain itu, keputusan berkenaan mungkin mengambil masa kerana ia melibatkan prosedur saringan kesihatan terhadap sekurang-kurangnya seramai 100,000 orang pelajar di seluruh negara. Apabila sudah muktamad, sebuah kerjasama oleh tiga badan kerajaan akan mengeluarkan standard of procedure (SOP) yang sepatutnya untuk membawa pulang para pelajar ke pangkuan keluarga masing-masing.


Mungkin Bakal Dibenarkan Balik Kampung, Keresahan Pelajar IPT Akhirnya Terjawab

Mungkin Bakal Dibenarkan Balik Kampung, Keresahan Pelajar IPT Akhirnya Terjawab

Mungkin Bakal Dibenarkan Balik Kampung, Keresahan Pelajar IPT Akhirnya Terjawab
Gambar Sekadar Hiasan

Sumber: FB mStar Online

Nak cerita lagi? Sertai Telegram Erin Sakura di https://t.me/erinsakura

Mungkin Bakal Dibenarkan Balik Kampung, Keresahan Pelajar IPT Akhirnya Terjawab

Facebook

Telegram