“Mungkin Sampai Sini Saja Jodoh Saya & Aliff” – Bella Luah Sayu Selepas Ditalak

Setelah pelbagai ujian melanda rumah tangga yang terbina, akhirnya Bella Astillah dan penyanyi Aliff Aziz sah meneruskan hidup mengikut haluan masing-masing apabila perkara itu diumumkan di Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan di Kuala Lumpur, pada jam 3.45 petang tadi. Perkara itu difailkan sendiri oleh Bella, manakala Aliff pula dilihat sebak saat melaf4zkan talak 1 di hadapan Hakim Syarie, Izzat Syazli Murshid.

BACA: Muak Diselingkuh Berulang Kali, Bella Akhirnya Nekad ‘Move On’ Demi Anak…

Suasana di sekitar mahkamah…

View this post on Instagram

Mungkin ini jalan terbaik untuk @bellaastillah dan @aliffaziz91 buat masa ni… #mstaronline #kongsinikmat 📸: @mstaronlineofficial

A post shared by Budiey (@budiey) on

Ramai yang sebak melihat situasi bersama anak mereka, Mohamad Ayden Adrean

Dalam pada itu, Bella ada memberitahu bahawa mereka kini sudah tiada lagi persefahaman dan Aliff sudah tidak tinggal bersama lebih 3 bulan apabila diajukan soalan daripada hakim sebagai alasan mahu berpisah.

“Suami selalu curang. Saya mempunyai bukti gambar & video,” kata Bella Astillah sambil menangis. (petikan Harian Metro)

Di ruangan Instagram miliknya pula, dia memberitahu bahawa dia sudah redha dan menerima suratan takdir yang jodoh mereka terhenti setakat ini sahaja. Dia juga memohon doa orang ramai agar dapat menjadi lebih kuat demi membesarkan anak mereka selepas ini.

Mungkin sampai sini saja jodoh kami…

Luahn sayu tersebut turut mengundang rasa simpati para peminat kepadanya, selain memujuknya kerana telah melakukan perkara yang terbaik demi masa depan dia dan anak.

Stay strong…mungkin kehidupan Bella & Ayden akan lebih teratur

Itu yang terbaik Bella…good luck

Alhamdulillah…Allah ada Bella & we love you

Sumber: IG budiey, myhmrap & bellaastillah

Apa Komen Anda?