Pada minggu pertama, komen ‘pedas’ daripada salah seorang juri tetap ‘Big Stage’ iaitu Ajai menjadi perhatian ramai pihak. Meskipun telah menjelaskan perkara sebenar kepada peserta Dr. Hafiz Zainal, ramai pihak masih tidak berpuas hati dengan markah yang diberikan olehnya. Malam tadi, sesuatu yang mengejutkan telah berlaku di pentas pertandingan berkenaan.
BACA: “Patutnya Saya Beri Kosong”- Didakwa Tak Adil Pada Peserta, Ini Penjelasan Ajai
Mohon maaf pada Dr. Hafiz, tak mahu peserta lain berasa terlalu selesa
Ajai telah naik ke atas pentas dan memohon maaf secara terbuka kepada Dr. Hafiz dan peminat ‘Big Stage’. Selain itu, penyanyi 44 tahun ini mendakwa tidak mahu membiarkan para peserta berasa selesa dan mahu doktor gigi berkenaan mengambil komen ‘pedasnya’ sebagai sesuatu yang positif. Meskipun begitu, komposer ini juga mengakui kesalahan dalam berbicara ketika memberikan komen serta menerangkan bahawa itulah caranya ketika menilai sesuatu dalam pertandingan.
Komen yang diberi adalah untuk naikkan semangat, mahu peserta kekal evergreen dalam industri
Akan tetapi, Ajai juga menerangkan bahawa segala komen yang diberikan bertujuan untuk memberikan semangat semata-mata. Tidak cukup dengan itu, lelaki ini mengharapkan supaya setiap peserta mampu menjadi evergreen dalam industri setanding dengan artis ternama yang lain. Secara keseluruhan dalam konsert bertemakan ‘Hype Beat’ kali ini, Dr. Hafiz memperoleh tempat ke-7 dengan markah sebanyak 68%.
Ajai membuat kejutan dengan memohon maaf kepada @drhafizzainal pada permulaan konsert secara langsung#NormaBaharu #DisiplinMalaysia #HapusCOVID19 pic.twitter.com/M9tM1NfIDe
— 🇲🇾Astro AWANI🇲🇾 (@501Awani) August 23, 2020
Sumber: Twitter Astro Awani
Nak cerita lagi? Sertai Telegram Erin Sakura di https://t.me/erinsakura