Inspirasi

“My Turn..”- Sama Naik Berebut Nak Ambil Wuduk, Gelagat Moleiq Curi Perhatian

“My Turn..”- Sama Naik Berebut Nak Ambil Wuduk, Gelagat Moleiq Curi Perhatian

Sharing is caring!

Sesuai dengan peribahasa Melayu ‘melentur buluh biarlah dari rebungnya’, begitulah ketegasan dan didikan yang menjadi pegangan selebriti tanah air ini. Bagi sesiapa yang sering mengikuti perkembangan Johan Raja Lawak dan Ozlynn Waty di media sosial, pasti sudah terbiasa melihat keletah mereka sekeluarga ketika bersantai di rumah.

BACA: Ozlynn Beri Ucapan Paling Sweet Buat Johan, Tiba-Tiba Ending Lain Macam Pula

Moleiq ambil turn nak berwuduk dengan abang

Terbaru, Ozlynn menerusi laman Instagram telah memuat naik satu video memaparkan aksi anak bongsunya iaitu Moleiq yang mencuit hati. Gigih menunggu giliran selepas abangnya, baby comel tersebut rupa-rupanya sedang bersedia untuk turut sama mengambil wuduk.


“My Turn..”- Sama Naik Berebut Nak Ambil Wuduk, Gelagat Moleiq Curi Perhatian

“My Turn..”- Sama Naik Berebut Nak Ambil Wuduk, Gelagat Moleiq Curi Perhatian

Solat 1 rakaat je pun, tapi usaha tu dah bagus..

Meskipun anak berusia 22 bulan itu masih belum mengerti apa yang dilakukan, namun menurut Ozlynn dia memang sudah terbiasa berebut tatkala melihat adik-beradik lain sedang bersiap untuk solat. Menerusi video itu juga, anak sulungnya bernama Ariq bertindak sebagai ‘pemudah cara’ untuk mengajar Moleiq berwuduk.

“My Turn..”- Sama Naik Berebut Nak Ambil Wuduk, Gelagat Moleiq Curi Perhatian

Kecik lagi dah semangat, semoga jadi anak solehah

Video yang dikongsi Ozlynn itu berjaya meraih perhatian ramai rakan dan peminat di media sosial. Malah menjengah ke ruangan komen, rata-rata mereka menyuarakan rasa teruja dan gembira melihat perkembangan positif si cilik itu. Tidak kurang juga, mereka sempat menitipkan doa buat Moleiq supaya sentiasa menjadi penyeri dalam keluarga tersebut.


“My Turn..”- Sama Naik Berebut Nak Ambil Wuduk, Gelagat Moleiq Curi Perhatian “My Turn..”- Sama Naik Berebut Nak Ambil Wuduk, Gelagat Moleiq Curi Perhatian “My Turn..”- Sama Naik Berebut Nak Ambil Wuduk, Gelagat Moleiq Curi Perhatian “My Turn..”- Sama Naik Berebut Nak Ambil Wuduk, Gelagat Moleiq Curi Perhatian “My Turn..”- Sama Naik Berebut Nak Ambil Wuduk, Gelagat Moleiq Curi Perhatian

Sumber: Instagram @jozlynnhanania


Nak cerita lagi? Sertai Telegram Erin Sakura di https://t.me/erinsakura

“My Turn..”- Sama Naik Berebut Nak Ambil Wuduk, Gelagat Moleiq Curi Perhatian

Sharing is caring!