Nabil Bina Rumah Tepi Pusara, Buang Rasa Takut Untuk Beramal?

Pengacara dan pelawak terkenal, Nabil Ahmad sangat terkenal dengan lawaknya yang bersahaja dalam mengendalikan rancangan Meletop bersama Neelofa. Dia kini yang baru sahaja menimbang anak ketiga sekitar sebulan yang lalu memberitahu media bahawa dia berhasrat mendirikan rumah di tepi pusara. Dia berniat sedemikian setelah menerima jemputan orang masj1d untuk memberikan sumbangan dan bantuan bagi memperbaiki kawasan kampung.

Baca: [VIDEO] Macam Bangun Tidur, Rambut Maggi Nad Zainal Dibahan Nabil, Lawak!

Menunaikan hasrat ibu bapa

Dia juga terharu dengan jemputan tersebut kerana menganggap ianya sebagai sebuah penghargaan selaku anak jati kampung berkenaan. Tambahnya, rumah itu dibina hasil perkongsian mereka adik beradik memandangkan ibu bapa mereka turut berhasrat yang sama. Dia juga tidak kekok membina rumah disitu memandangkan rumah ibunya juga berhampiran dengan masj1d dan pusara.

Ditanya mengenai alasan membina rumah disitu, penyanyi lagu ‘Pening’ ini juga berkata ini merupakan langkah untuk dia senang beramal dan membuat kebajikan kepada orang kampung terutama sekali apabila adanya kemat1an.

Apabila dia sudah tidak bekerja nanti, dia mahu berehat di rumah tersebut dan melarikan diri sejenak daripada kesibukan bandar. Dia juga mahu menyumbangkan sedikit masa dan tenaga mengendalikan kawasan pusara. Niat murninya telah mendapat reaksi daripada pembaca dan pengikut laman sosial. Mengakhiri perbualannya bersama Berita Harian, dia turut memohon maaf atas kesilapan yang pernah dilakukannya di atas pentas Muzikal Lawak Superstar yang lepas. 

Sumber: Berita Harian

Apa Komen Anda?