Viral Artis

Nabil Tutup Muka Patung Gurau Bilal Tak Sedia Dedah Wajah, Lofa Ketuk Guna Mic

Nabil Tutup Muka Patung Gurau Bilal Tak Sedia Dedah Wajah, Lofa Ketuk Guna Mic

Sekitar 2 tahun berhenti menjadi pengacara, Nabil Ahmad bersama Lofa nampaknya begitu teruja kerana seolah-olah ‘kembali’ menjadi rakan gandingan bagi rancangan popular tersebut. Pada tayangan semalam, ‘MeleTOP’ telah menjemput Neelofa, PU Riz, Ernie Zakri dan juga Syamel sebagai tetamu undangan sempena Hari Raya Aidilfitri.


BACA : Walau Helaian RM1, Reaksi Yusuf Alisa Masa Buka Sampul Duit Raya Undang Sebak

Dah niat nak transfer duit raya Bilal, lepas tular RM14K, aku cakap “Patutnya Bilal yang bagi aku”

Pada segmen pembukaan, lawaknya Kak Lina sempat pura-pura merajuk apabila Nabil menyatakan rasa gembira dapat mengacarakan sebentar ‘MeleTOP’ dengan Neelofa. Kemudian, tayangan itu juga bersambung dengan perbualan mengenai topik duit raya RM14,000 yang diterima oleh Bilal.


Kami tak perasan pun…Kira-kira Alhamdulillah rezeki si kecil tu

Jelas Lofa sendiri, dia bersyukur dengan rezeki yang diterima oleh zuriat sulungnya itu dan mahu membuka akaun simpanan khas kelak. Dedahnya lagi, ia merupakan kiriman duit raya daripada saudara mara di Besut dan Kelantan serta pemberian rakan-rakan kepada ibunya, Datin Tini.


Bilal belum ready, kami minta maaf…Nanti budak-budak kena masalah ain

Sesudah itu, pentas ‘MeleTOP’ juga bertukar meriah apabila Lofa dan Ernie bersama suami masing-masing berlawan dalam game mempersiapkan bayi. Dengan masa yang sangat singkat, pasangan Ernie dan Syamel nampak agak kalut manakala Neelofa dan PU Riz pula lebih tenang. Kemudian lucunya, Nabil sempat membuat lawak kerana tiba-tiba mengangkat patung yang disiapkan oleh Lofa dan terus menutup muka dengan wet tissue. Dia malahan bergurau kononnya Bilal belum bersedia mendedahkan wajahnya.

Kredit : YouTube MeleTOP

Nak cerita lagi? Sertai Telegram Erin Sakura di https://t.me/erinsakura

Nabil Tutup Muka Patung Gurau Bilal Tak Sedia Dedah Wajah, Lofa Ketuk Guna Mic

Facebook

Telegram