Viral

[VIDEO] Nabila Huda Geram, Sekolahkan Masyarakat Yang Suka Buang Sampah Merata

[VIDEO] Nabila Huda Geram, Sekolahkan Masyarakat Yang Suka Buang Sampah Merata

Kebersihan perlulah dijaga sentiasa supaya kita dapat mengelakkan bukan sahaja pencemaran alam sekitar tetapi masalah kesihatan yang serius juga. Walau bagaimanapun, masih lagi ada pihak yang merasakan tabiat membuang sampah merata-rata adalah perkara biasa buat mereka.


BACA: “15 Tahun Lepas Abby Abadi Lahirkan Anak Ini Dalam Kereta..”- Norman Hakim

[VIDEO] Nabila Huda Geram, Sekolahkan Masyarakat Yang Suka Buang Sampah Merata

Ada parents bagaikan tidak mendidik anak cara buang sampah yang betul

Menerusi Instagram, Nabila Huda Binti Suhaimi atau Abil telah meluahkan rasa tidak puas hati dan bengang dengan sikap tidak bertanggungjawab sesetengah pihak. Aktres ini turut mempersoalkan didikan segelintir ibu bapa terhadap anak masing-masing mengenai cara membuang sampah dengan betul.


[VIDEO] Nabila Huda Geram, Sekolahkan Masyarakat Yang Suka Buang Sampah Merata
Gambar Sekadar Hiasan

Kalau ada baby, bawalah plastik sampah sendiri

Pelakon filem ‘Wangi’ ini turut menyarankan para ibu yang mempunyai anak kecil untuk sediakan plastik khas sendiri bagi membuang lampin terpakai. Selain itu, pelakon berusia 35 tahun tersebut juga berasa kesal apabila melihat ada pihak suka membuang face mask yang sudah digunakan merata-rata.


[VIDEO] Nabila Huda Geram, Sekolahkan Masyarakat Yang Suka Buang Sampah Merata
Gambar Sekadar Hiasan

 

Nak pasang CCTV dan tayangkan muka si pelaku di IG

Bagi menangani masalah ini, Nabila Huda merancang untuk memasang kamera litar tertutup (CCTV) di kedai makan miliknya. Hal ini kerana, pelakon tersebut ingin merakamkan kelakuan tidak bertanggungjawab berkenaan dan berniat untuk menyiarkan wajah si pelaku di Instagram sebagai satu peringatan.

View this post on Instagram

If you try me, I’ll make you famous..😁

A post shared by Nabila Huda (@kupu_kupu) on

Sumber: IG Nabila Huda

Nak cerita lagi? Sertai Telegram Erin Sakura di https://t.me/erinsakura

[VIDEO] Nabila Huda Geram, Sekolahkan Masyarakat Yang Suka Buang Sampah Merata

Facebook

Telegram