Naim Daniel & Drama Band Tepati Ramalan, Ini Senarai Penuh 12 Lagu Mara AJL 34

Selepas persaingan sengit selama tiga minggu, debaran dan persoalan mengenai 12 buah lagu yang berjaya layak ke peringkat akhir Anugerah Juara Lagu ke-34 (AJL 34) akhirnya telah pun terjawab. Keputusan tersebut diumumkan oleh hos iaitu Sherry Al Hadad dan Haziq Hussni sewaktu hujung pusingan Semi Final Muzik Muzik 34 (SFMM34) terakhir yang bertempat di Sri Pentas 2, Plaza Alam Sentral, Shah Alam sebentar tadi.

BACA: Lagu ‘Berhantu’ Naim Daniel Berjaya Rangkul Lagu Terbaik Semi Final Muzik-Muzik

Naim Daniel & Drama Band tepati ramalan

Advertisement

Dinobatkan sebagai lagu terbaik pada pusingan minggu pertama dan kedua yang lalu, kumpulan Drama Band dan Naim Daniel telah menepati ramalan untuk mara ke anugerah muzik berprestij tempatan tersebut. Menariknya, lagu yang berjudul ‘Drama’ dan ‘Sumpah’ itu juga merupakan hasil ciptaan sepenuhnya oleh artis yang menyampaikannya.

Advertisement

Senarai penuh lagu berentap di AJL 34

Selain itu, antara yang mengiringi mereka ialah Kisah Cinta Kita (Hafiz Suip), Ku Bersuara (Ernie Zakri), Anta Permana (Dato’ Sri Siti Nurhaliza dinyanyikan oleh Bob), Bangun (Aman Ra) dan Ragaman (Faizal Tahir dinyanyikan oleh Fairuz Misran) . Turut berpeluang merebut gelaran juara AJL34 nanti juga adalah Rampas (Akim & The Majistret), Dinda (Kugiran Masdo), Peneman (Hazama), Lembah Kesepian (Haqiem Rusli) serta Sumpah (Aina Abdul). Kesemua finalis membabitkan persaingan antara penyanyi pengalaman & BBNU.

Markah kesemua 30 karya dalam pusingan separuh akhir ini dinilai oleh barisan juri profesional yang diketuai oleh Azmeer. Turut memberikan markah adalah 6 lagi pengkarya muzik profesional iaitu Faizal Uzir (Lok U), Datuk Syafinaz, Ajai, Edrie Hashim, Aubrey Suwito, serta Aznul Haidi.

Advertisement

Sumber: TV3 Malaysia

Jawatan kosong di Kisah Dunia. Maklumat lanjut klik DI SINI

Advertisement

Apa Komen Anda?