Viral

“Nak Bagi Dia Rasa Laju” – Aksi Lelaki Berlari Bawa Siput Buat Netizen Berdekah

“Nak Bagi Dia Rasa Laju” – Aksi Lelaki Berlari Bawa Siput Buat Netizen Berdekah

Sharing is caring!

Siput merupakan spesies haiwan tiada tulang belakang dan hanya memiliki cengkerang berputar yang keras. Seperti diketahui umum, kelompok haiwan ini menggunakan lendir supaya dapat mengurangkan geseran sewaktu proses bergerak di mana-mana permukaan. Tapi agaknya, apalah yang akan berlaku kalau-kalau haiwan kecil ini dibawa bergerak dengan kelajuan yang tidak sepatutnya?


BACA: Peniaga Tak Sempat Bagi Salam, Lucu Kerusi Tiba-Tiba ‘Berkecai’ Masa Live FB

Aku terhibur dengan video ni, lelaki itu telah memberi pengalaman kelajuan kepada siput itu

Melihat video yang tular baru-baru ini, mungkin ia cukup untuk menjawab tanda tanya tersebut. Rakaman berdurasi 9 saat memaparkan seorang lelaki berlari membawa siput dalam keadaan teruja. Semata-mata ingin memberikan pengalaman bergerak laju, dia dengan selamba berlari-lari membawa siput bersiar-siar di sekeliling tempat itu. Selepas menyambung kembali lariannya, kejadian lucu itu turut membuatkan orang di sekelilingnya ketawa besar melihat gelagat yang ditunjukkan.


Semoga siput tu dapat kenangan yang tak boleh dilupakan…semasa bergerak selaju itu

Melihat ke ruangan komen pula, rata-rata netizen mengakui sangat terhibur dengan aksi spontan lelaki itu sepanjang rakaman tersebut. Mendapat lebih 200 ribu jumlah tontonan sejak dimuat naik, mereka juga berseloroh menyatakan siput berkenaan mungkin dapat pengalaman baru selain berhasrat mahu mencari jodoh yang serupa dengan lelaki kelakar seperti itu.


“Nak Bagi Dia Rasa Laju” – Aksi Lelaki Berlari Bawa Siput Buat Netizen Berdekah “Nak Bagi Dia Rasa Laju” – Aksi Lelaki Berlari Bawa Siput Buat Netizen Berdekah “Nak Bagi Dia Rasa Laju” – Aksi Lelaki Berlari Bawa Siput Buat Netizen Berdekah “Nak Bagi Dia Rasa Laju” – Aksi Lelaki Berlari Bawa Siput Buat Netizen Berdekah “Nak Bagi Dia Rasa Laju” – Aksi Lelaki Berlari Bawa Siput Buat Netizen Berdekah

Sumber: Twitter @aaizatnizam

Nak cerita lagi? Sertai Telegram Erin Sakura di https://t.me/erinsakura

Sharing is caring!