Nak Gambar Macam Instafamous? Ikuti 6 Elemen Asas Buatkan Foto Anda Lebih Cun

Jika dulu hanya kamera DSLR mampu memberi kesan ‘wow’ pada foto namun kini segalanya jadi mudah dengan adanya telefon pintar. Walau bagaimanapun, aplikasi penyuntingan foto di telefon bimbit belum cukup komprehensif untuk digunakan sekiranya elemen asas foto ini belum kita praktiskan sepenuhnya. Tambahan pula, media sosial kini menjadi platform untuk warganet berkongsi foto terutama sekali trend foto secara Outfit Of The Day (OOTD). Tapi cukupkah sekadar pemakaian menjadi elemen dalam OOTD?

Baca: Serlahkan Keanggunan, Pengantin Harus Bijak Pilih Busana Sesuai Warna Kulit!

Kita tentu ada gambar yang terbaik untuk dikongsikan kerana setiap acara menampilkan jenis pemakaian yang berbeza. Ikuti 6 tips asas OOTD ini.

Latar Belakang

Penting untuk kita mencari latar belakang yang sesuai dengan pakaian yang diperagakan. Setiap latar akan memberi kesan yang tertentu kepada gambar OOTD anda. Misalnya, latar belakang yang kemas sama ada bercorak atau kosong memberi kesan tersendiri.

Sudut atau ‘angle’

Angle yang bijak boleh memberikan kesan yang baik kepada foto anda. Misalnya, sudut bawah ke atas akan memperlihatkan subjek itu lebih tinggi. Dalam hal ini, jurufoto perlu bekerja lebih keras untuk mengaplikasikan teknik ini. 

Pencahayaan 

Pencahayaan atau lighting sudah menjadi antara faktor yang penting tidak kiralah apa sahaja jenis foto sama ada swafoto, ‘wefie’ mahupun ootd. Disini, jurufoto perlu tahu arah cahaya dan kedudukan matahari agar kita boleh mendapatkan imej seperti yang dimahukan. 

Tiru posing artis dalam majalah

Perkara ini bukanlah mudah tetapi boleh dibentuk terutama sekali jika anda mengikuti seseorang artis ataupun ikon fesyen. Anda boleh meniru cara ‘posing’ mereka di dalam majalah mahupun foto di Instagram mereka. adalah baik. 

Prop

Hiasan seperti bunga, beg tangan, makanan dan lain-lain boleh menambah seri pada foto OOTD anda. Anda boleh menggunakan prop seperti ini untuk menyampaikan mesej-mesej tertentu kepada penonton. Teknik ini sering diaplikasikan pada majlis-majlis keramaian. 


Edit

Ini tidak sukar kerana lambakan aplikasi penyuntingan gambar sudah tersedia dalam Google Play Store atau telefon bimbit masing-masing. Gunalah aplikasi ini sebaik mungkin untuk menjadikan foto anda lebih menarik. Kesimpulannya,  teknik-teknik ini bolehlah diaplikasikan untuk menjadikan gambar anda terlihat ala-ala artis. Semoga dengan perkongsian ini membuatkan ruangan media sosial anda dihujani dengan pelbagai pujian, sukaan atau mungkin selepas ini ada lamaran panggil anda jadi model atau pelakon. 

Sumber: mstar

Apa Komen Anda?