Viral Hiburan

Nak Hilang Suara Sebab Gelak, Penghantar Barang Panjat Pagar Sebab Takut Anjing

Nak Hilang Suara Sebab Gelak, Penghantar Barang Panjat Pagar Sebab Takut Anjing

Sharing is caring!

Sama seperti frontliners lain, penghantar barang juga bekerja keras sepanjang PKPB demi rakyat Malaysia. Kali ini, kita berpeluang untuk melihat sisi kelakar yang ditonjolkan oleh frontliners ini.

BACA: 4 Tahun Pakai Phone Rosak, Akhirnya Menangis Bila Kawan Datang Bagi Surprise


Mula-mula berani je marah anjing dalam pagar tu

Sebuah video telah tular di laman Facebook yang dikongsikan oleh saudara Zulhelmee Mazzamudin menunjukkan bahawa bukan mudah untuk mereka menjalankan tugas sebagai seorang penghantar barang. Dalam beberapa saat pertama rakaman tersebut, rakan sekerja lelaki ini kelihatan berani sahaja ‘memarahi’ anjing yang berada di dalam pagar rumah seorang penerima.

Nak Hilang Suara Sebab Gelak, Penghantar Barang Panjat Pagar Sebab Takut Anjing

Gelabah terus… laju betul dia panjat pagar

Beberapa saat kemudian, rakan sekerja Zulhelmee menyedari kehadiran seekor lagi anjing yang berada di sebelahnya dan bertindak memanjat pagar rumah penerima berkenaan. Lebih melucukan lagi, penghantar barang itu kekal berada di atas pagar rumah berkenaan sehinggalah pemilik rumah itu keluar dan menghalau anjing yang menganggunya tadi.


Sampai nak hilang suara dia gelakkan member yang tengah takut tu

Menjengah di ruangan komen pula, rata-rata netizen sangat terhibur ketika menyaksikan rakaman berkenaan. Bukan sahaja kerana reaksi gelabah pemuda berkenaan tetapi gelak tawa Zulhelmee juga antara penyebab para netizen terhibur. Video berkenaan telah mendapat lebih 52 ribu tontonan dan hampir 4 ribu perkongsian setakat ini.

Nak Hilang Suara Sebab Gelak, Penghantar Barang Panjat Pagar Sebab Takut Anjing

Nak Hilang Suara Sebab Gelak, Penghantar Barang Panjat Pagar Sebab Takut Anjing

Nak Hilang Suara Sebab Gelak, Penghantar Barang Panjat Pagar Sebab Takut Anjing

Nak Hilang Suara Sebab Gelak, Penghantar Barang Panjat Pagar Sebab Takut Anjing

Nak Hilang Suara Sebab Gelak, Penghantar Barang Panjat Pagar Sebab Takut Anjing

Sumber: FB Zulhelmee Mazzamudin


Nak cerita lagi? Sertai Telegram Erin Sakura di https://t.me/erinsakura

Sharing is caring!