“Jadikan Anak Tu Tuan, Mak Jadi Hamba”-Cikgu Tegur Sikap Ibu Bapa ‘Over’

Ibu bapa mana yang tidak sayang anak kan? Pada zaman dahulu ibu bapa selesa mendisiplinkan anak-anak dengan penuh ketegasan. Namun pada zaman kini, ramai ibu bapa memilih untuk mendidik dengan hikmah dan kelembutan. Walau bagaimanapun, ramai antara ibu bapa masa kini yang terlepas pandang, sikap terlalu menjaga dan berlembut boleh menjadikan anak ‘lemau’. Bahkan, ada anak yang terlalu dimanjakan sehingga bertindak menjadi ‘raja’ di rumah.  Seorang ibu, penulis, dan juga guru, Jiha  berkongsi pandangannya di Facebook berkenaan kemanjaan menjadi-jadi anak zaman sekarang.

BACA: Ibu Bapa, Sudah-Sudahlah Bandingkan Result Exam Anak Sendiri Dengan Orang Lain

Permulaan nak jadikan anak tu tuan, mak jadi hamba ..

Advertisement

Menurut  Jiha, sikap ibu bapa yang terlalu risau dan begitu mudah menyelesaikan masalah untuk anak-anak akan menyebabkan mereka tidak dapat membina Emotional Intelligence (EQ) dengan baik. Ini menyebabkan ramai anak yang kelihatan bijak di luar, namun gagal menangani krisis hidup dengan baik.

 

Advertisement

Cikgu denda tak buat kerja sekolah? Biar dia rasa..

Selain itu, ibu bapa seharusnya meletakkan kepercayaan pada guru-guru bagi mendidik anak-anak di sekolah. Sekiranya anak buat silap, jangan marah seandainya didenda oleh guru. Ianya adalah satu proses di mana anak-anak belajar untuk bertanggungjawab dalam kehidupan mereka.

Advertisement

 

(Gambar sekadar hiasan)

Kawan usik ni tolong la ajar anak melawan balik…

Advertisement

Namun tidak dinafikan pada masa kini banyak kejadian yang membimbangkan di mana melibatkan pergaduhan antara rakan yang akhirnya melarat menjadi teruk.  Untuk menghadapi situasi ini, Jiha mencadangkan ibu bapa tidak terus campur tangan sebaliknya mengajar anak mereka cara untuk  mempertahankan diri. Jika tidak, hal ini akan terus berulang di masa akan datang.

 

Advertisement
(Gambar sekadar hiasan)

Ajar KESAN = AKIBAT.

Ramai yang tahu Finland merupakan antara negara yang menyediakan pendidikan awal terbaik untuk kanak-kanak. Namun ramai yang tidak tahu, pendidikan awal yang terbaik sebenarnya bermula dari perkara yang kelihatan kecil, iaitu mengajar anak tentang kesan dan akibat dalam melakukan sesuatu.

Advertisement

 

(Gambar sekadar hiasan.)

Pendapat Jiha ini turut dipersetujui oleh rakan-rakan netizen yang turut tidak setuju dengan sikap overprotective segelintir ibu bapa yang akhirnya membinasakan anak-anak.

Anak Yang Bijak Jadi Bodoh..

Advertisement

Sumber: Jiha 

Advertisement

Apa Komen Anda?