Nak Kahwin Jangan Jadi King, Perasaan Bini Kena Fikir Jugak

Dalam meniti alam perkahwinan, suami dan isteri perlu bekerjasama dalam menguruskan rumah tangga. Bagaimanapun seakan sudah menjadi kebiasaan untuk para suami menyerahkan semua tugasan itu kepada sang isteri secara sepenuhnya. Cakna dengan hal tersebut, seorang lelaki dikenali sebagai Ariff Ismail menerusi Facebook miliknya ada menyelar golongan suami yang masih menyimpan sikap kurang bertanggungjawab seperti ini.

Baca : Majlis Belum Habis Tapi Dah Simpan Makanan, Ramai Kecam Sikap Kaki Tapau!

Umpama dalam syurga bila berumahtangga

Meskipun tugas isteri adalah untuk melayani dan memenuhi kehendak suami, namun ia bukanlah ‘tiket’ untuk suami lepas tangan dalam membuat kerja rumah.

Tak kira siapa lebih tua atau lebih kaya, yang kahwin kita

Sebenarnya, budaya ‘suami menjadi king’ dalam rumah tangga mungkin terjadi akibat daripada stigma masyarakat kononnya hanya perempuan yang perlu membuat kerja rumah.

Jadi perempuan kena tahu masak, siang ikan, serba serbi kena tahu

Tak boleh bawa perangai zaman bujang bila dah kahwin, kena ikut situasi. Kena ambil tahu serba sedikit, tak boleh mengharapkan kepada perempuan semata-mata.

Buat kerja rumah sama-sama tu indah, baru dapat rasa manisnya rumah tangga

Bahasa mudahnya, zaman bujang dan kahwin adalah dua dunia yang sangat berbeza!

Mental kena kuat sebab kena berkongsi

 

Sumber : Facebook Ariff Ismail

Apa Komen Anda?