Sudah menjadi lumrah, seseorang wanita sentiasa menginginkan perhatian daripada lelaki yang mereka sayangi. Lebih-lebih lagi apabila sudah bergelar isteri, mesti 24 jam nak ‘melekat’. Akan tetapi, mesti kita jarang melihat lelaki yang berperangai sedemikian rupa itu kan? Tetapi, itulah hakikat berlaku dalam rumah tangga warga emas ini.
BACA: Sebulan Bergelar Duda, Datuk Alha Alfa Dedah Terima Lamaran Ramai Wanita
Ketuk pintu guna tongkat…Nak panggil isteri suruh teman rupanya
Menerusi aplikasi di TikTok, seorang gadis telah berkesempatan merakamkan gelagat datuknya ketika duduk di sebuah sofa yang berada di ruang tamu sambil menonton televisyen. Walau bagaimanapun, secara tiba-tiba lelaki berusia itu dilihat mengetuk-ngetuk pintu berhampirannya dengan menggunakan tongkat. Rupa-rupanya, cara itu digunakan untuk memanggil si isteri yang sedang sibuk memasak di dapur agar menemaninya di ruang tamu.
@happiestcat_ short story of kakung uti #fypシ #PejuangLokal
Hubungan macam ni ibarat cinta sejati…Sedih pula teringatkan datuk sendiri
Bukan sahaja gembira apabila melihat isterinya berada di sisi, malahan lelaki berkenaan sempat mengusik cucunya dengan memuji kecantikan gadis itu. Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen menyifatkan hubungan tersebut sebagai cinta sejati. Dalam masa sama, mereka turut teringat akan nenek dan datuk masing-masing yang sudah pun tiada. Secara keseluruhan, paparan video itu telah berjaya meraih lebih 3 juta tontonan sejak dimuat naik semalam.
Sumber: TikTok Prisma Difta
Nak cerita lagi? Sertai Telegram Erin Sakura di https://t.me/erinsakura