Nak Merasa Pakai Baju Kecik, Lelaki Ini Hilang 19KG Dengan Kaedah ‘Cheat Meal’!

Bukan sekadar memikirkan kesihatan diri, malahan seorang lelaki bernama Afiq yang teringin memiliki penampilan menarik telah mengambil keputusan untuk menurunkan berat badannya. Dalam tempoh 4 bulan, Afiq sudah berjaya menghilangkan sebanyak 19kg berat badannya. Dek kerana ramai yang membuat permintaan, dia telah berkongsikan perjalanannya dalam mendapatkan berat badan ideal menerusi Twitter miliknya baru-baru ini.

Baca : Pernah Diejek, Nurse Nekad Amalkan Diet OMAD! Berjaya Turunkan 83KG Ke 61KG..

Transformasi seketul Afiq…

Antara sebab utama Afiq nekad melakukan perubahan ini adalah dia pernah ditolak temuduga kerja gara-gara tahap kesihatannya yang kurang baik.

Bl00d Pressure tinggi…ditolak & disuruh balik

 

Bukan itu sahaja, keinginan untuk memperbaiki penampilan diri turut menjadi dorongan utama buat Afiq.

Teringin pakai baju kecik…Nampak smart

Berat asal 90kg, berat target 66kg…beza 24kg

Bukan sekadar mengamalkan senaman, malahan Afiq turut menjaga pemakanan.

Akhir Februari 2019, berat turut sebanyak 6.8kg…

Zaman makan tak ingat dunia…

Ambil air kosong 3 liter sehari…

 Tak lupa juga, Afiq sempat berkongsikan apps untuk mengira kalori harian bernama HealthifyMe : Weight Loss Plan.

Saya kena makan below than 1400 kalori sehari…

 

Jalan dan jogging perlahan…Nak effect cepat buat tiap malam…

Saya timbang selalu…Nampak puas walaupun turun 0.1kg sahaja

Tak amalkan ‘Cheat Day’ tapi amalkan ‘Cheat Meal’...

Nak diet ni kena 80% pemakanan & 20% senaman…

Mengakui bahawa dia tidak lari daripada menerima cacian, Afiq berpesan untuk memekakkan telinga.

Jangan give up dan kena kuat okey?

Hasil selepas transformasi…

Sumber : Twitter Afiq Azlan

Apa Komen Anda?