Tips Kehidupan

Nikmati Usia Tua Pergi Travel Dengan Suami, Wanita Ni Saran Jaga Diri Masa Muda

Nikmati Usia Tua Pergi Travel Dengan Suami, Wanita Ni Saran Jaga Diri Masa Muda

Sharing is caring!

Melancong sememangnya menyeronokkan kerana dapat merehatkan minda serta menambahkan pelbagai ilmu pengetahuan tentang tempat tersebut. Namun, bukan semua individu dapat melakukan aktiviti ini semasa muda atas faktor komitmen bekerja. Begitulah juga kisah sama yang dikongsikan oleh seorang wanita ini.

BACA: Bahana Dapat Suami Obses Travel, Tergamak Lupakan Isteri & Anak Usia 6 Bulan

Tak dapat merasa nak travel sebab ‘bunting pelamin’…Ditambah pula dengan kehadiran anak kecil

Menerusi posting Facebook, Siti Suryani Yaakop berkongsi tentang kata-kata suaminya yang mencadangkan agar mereka mula menjaga kesihatan supaya dapat memanfaatkan masa hari tua untuk pergi melancong. Dia turut menyatakan punca tidak dapat travel kerana mengandung pada awal perkahwinan. Malahan, kandungannya yang lemah menyebabkan dia tidak boleh melakukan aktiviti lasak. Tambahan pula, kehadiran anak kecil juga mengehadkan peluang mereka untuk pergi melancong.


Nikmati Usia Tua Pergi Travel Dengan Suami, Wanita Ni Saran Jaga Diri Masa Muda

Nikmati Usia Tua Pergi Travel Dengan Suami, Wanita Ni Saran Jaga Diri Masa Muda
Gambar sekadar hiasan

Rezeki manusia berbeza-beza & elakkan daripada berdengki

Walau bagaimanapun, Siti Suryani tetap mengambil perkara tersebut dari sudut yang positif. Dia juga menyatakan bahawa setiap orang menerima rezeki yang berlainan terutamanya jika melibatkan anak. Di samping itu, nikmat yang manusia peroleh adalah berbeza-beza terutamanya dari segi masa dan peringkat kehidupan. Justeru, dia berpesan jangan sesekali mempersoalkan tentang takdir individu lain serta elakkan daripada menyimpan perasaan cemburu terhadap mereka yang memiliki rezeki lebih.


Nikmati Usia Tua Pergi Travel Dengan Suami, Wanita Ni Saran Jaga Diri Masa Muda

Nikmati Usia Tua Pergi Travel Dengan Suami, Wanita Ni Saran Jaga Diri Masa Muda
Gambar sekadar hiasan

Nikmati Usia Tua Pergi Travel Dengan Suami, Wanita Ni Saran Jaga Diri Masa Muda

Sumber: Facebook Siti Suryani Yaakop


Nak cerita lagi? Sertai Telegram Erin Sakura di https://t.me/erinsakura

Sharing is caring!