Menjelang cuti sekolah ini, ramai sekali pasangan mengambil peluang untuk mengadakan majlis perkahwinan masing-masing. Kebiasaannya, usai semua acara, pasti mereka akan bersiap sedia untuk mengadakan sesi photoshoot di tempat menarik berhampiran kediaman untuk mengabdikan kenangan indah.
BACA: 10 Tahun Kahwin, Artis Kecewa Suami Kantoi Selingkuh Dengan Baby Sitter Anak
Hasrat nak buat photoshoot seakan gagal kerana faktor cuaca
Namun luluh hati seorang wanita ini apabila hasratnya dan pasangan untuk mengadakan sesi photoshoot selepas majlis perkahwinannya seakan gagal kerana faktor cuaca. Sejak seminggu ini, beberapa kawasan di sebelah Pantai Timur dilanda hujan lebat dan juga ribut yang berterusan beserta angin kencang.
@fafa970812
Baru nak outdoor mak aiii
Dalam keadaan terpaksa menerima realiti tersebut, sempat pula pengantin lelaki mengusik isterinya kerana plan itu gagal. Jelas kelihatan reaksi sedih di wajah wanita berkenaan dengan mata yang seakan-akan berair. Mana tidaknya, tempoh selepas majlis tersebut perlu dimanfaatkan sebaik mungkin. Lebih-lebih lagi si pengantin wanita sudah siap dengan makeup yang bukan murah harganya beserta persalinan lengkap.
@ffjkento Baru nak outdoor mak aiii.. 🤣🤣🤣 @fafa970812 😍🙏🏻
Dah berkaca tu, banjir dalam kereta baru tahu…Photoshoot dalam hujan pun okay
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen turut sama kasihan melihat situasi yang tidak dijangka tersebut. Dalam pada itu, ramai juga mencadangkan mereka untuk meneruskan photoshoot dengan memilih lokasi indoor yang lebih sesuai.
Sumber: TikTok ffjkento
🚨 Erin Sakura KINI MENCARI INTERN! Klik untuk maklumat lanjut.
Nak cerita lagi? Sertai Telegram Erin Sakura di https://t.me/erinsakura
