“Nak Rasa Nak Rasa?”- Dato’ Siti Nurhaliza Curi Tumpuan Bersilat Di Dapur Pula!

Berbicara sahaja mengenai penyanyi tersohor negara ini, pasti ramai yang tahu tentang bakat emas yang dimilikinya. Meskipun usianya sudah mencecah 40 pada tahun ini, namun Dato’ Sri Siti Nurhaliza masih lagi bergiat aktif dalam seni nyanyiannya, lebih-lebih lagi apabila bakal mengadakan  konsert khas di Festival Theatre, Adelaide, Australia sempena OzAsia Festival pada Oktober nanti. Dalam pada itu, beliau kini turut mempunyai laman YouTube sendiri untuk berkongsi lebih paparan tentang kehidupannya bersama peminat.

BACA: Tular Video Cover ‘Cinta Luar Biasa’ Versi Irama Asli, DS Siti Nurhaliza Dipuji

Jika sebelum ini pernah berkongsi video cover menyanyikan lagu popular dari Indonesia, kali ini TokTi memuat naik video masakan pula bersama beberapa pembantu rumahnya. Dalam paparan kali ini, Dato’ Siti berkongsi resepi juadah ketam gulai kari dan gulai tempoyak ikan patin. 

Bila Siti beraksi di dapur…apa menu istimewa?

Video penuh TokTi bersilat di dapur

Ternyata perkongsian tentang sisi kehidupan lain yang jarang disaksikan ini telah mencuri perhatian ramai peminatnya di laman media sosial tersebut. Mana taknya, Siti Aafiyah juga ingin tahu apakah hidangan yang dimasak oleh ibunya ini sampai join sekali masuk ke dapur. Selain memuji skil masakan yang dimiliki oleh penyanyi ini, rata-rata netizen turut terhibur dengan beberapa aksi spontan TokTi yang mencuit hati dan berseloroh suaranya ketawa juga sedap seperti yang selalu kedengaran ketika menyanyi.

Sumber: IG ctdk & YouTube Siti Official Video

Apa Komen Anda?