Dalam dunia serba moden ini, ramai antara kita terlalu taksub nak kaya semata-mata demi meraih perhatian masyarakat. Bahkah, ada juga terlalu berkira duit sendiri sehingga tak sanggup melabur untuk merasai pengalaman baru.
BACA: Anak ‘Picky Eater’ Punca Mak-Mak Bertukar Jadi Hulk? Try Pujuk Guna 5 Cara Ini
Duit atau peluang hidup? Pilih dua sekali gus supaya boleh guna untuk cipta memori
Tidak dinafikan bahawa masih wujud individu yang bekerja keras semata-mata untuk menyimpan wang dengan alasan ia boleh digunakan pada masa akan datang. Ada juga yang lebih gemar menggunakan masa untuk menikmati hidup mereka sebaik mungkin. Namun bagi Puan Azzah ARahman pula, dia memilih kedua-duanya kerana percaya peluang ini jarang diperoleh. Wanita itu juga sanggup mengeluarkan modal untuk pergi melancong demi mendapatkan pengalaman baru.

Pengalaman yang dilalui boleh dikongsi dengan keluarga dan rakan…guna duit dan peluang hidup sebaik mungkin
Menurut Puan Azzah ARahman juga, dia tidak malu untuk berkongsi segala pengalaman yang diperolehinya dengan keluarga mahupun rakan-rakan. Penulis ini turut menyarankan masyarakat agar manfaatkan simpanan sendiri dan hargai peluang hidup tanpa perlu mengikut trend daripada mana-mana pihak. Dalam pada itu, dia turut berharap tiada mulut yang mempertikaikan tentang tindakan dilakukan seseorang.


Sumber: Instagram perempuanbackpacker
Nak cerita lagi? Sertai Telegram Erin Sakura di https://t.me/erinsakura
