“Nak Tahu Tak? I Tak Pernah Sayang You & Sengaja Guna Untuk Hilangkan Bosan..”

Hanya yang pernah mengalami sahaja tahu betapa detik putus cinta itu adalah perkara yang cukup mendukacitakan. Selain dirundung kesedihan, mana-mana individu yang mengalami fasa tersebut juga bakal dilanda tekanan perasaan akibat rasa kecewa dan amarah. Walaupun sukar untuk diakui, tetapi ada kalanya langkah untuk move on lebih baik daripada terus bertahan dengan manusia yang hanya mempermainkan perasaan dan tidak serius dalam perhubungan cinta.

BACA: Patutlah Beriya Ajak Nikah Di Siam, Akhirnya ‘Kantoi’ Sorok Status Suami Orang

Gambar sekadar hiasan

“Nak tahu something tak? I sengaja pergunakan you untuk hilangkan bosan..”

Advertisement

Begitulah nasib yang dialami oleh seorang gadis menerusi perkongsiannya di laman Twitter baru-baru ini. Tiada angin tiada ribut, tiba-tiba sahaja orang yang pernah dikasihinya membuat satu pengakuan jujur tapi cukup menguji perasaan. Menerusi beberapa screenshot perbualan mereka, lelaki itu menyatakan bahawa dia cuma memperalatkan wanita ini semata-mata untuk hiburan saja dan mahu tinggalkannya selepas mendapat cinta baru.

Advertisement
Gambar sekadar hiasan

Sumpah tak nak ada relationship lagi..

Ekoran tindakan yang telah mengguris hati dan perasaannya, gadis ini meluahkan serik untuk membenarkan mana-mana lelaki hadir lagi dalam hidupnya buat masa ini. Dia turut berharap agar perkongsian ini dapat memberikan pengajaran kepada semua orang di luar sana agar lebih menghargai partner masing-masing.

Advertisement
Gambar sekadar hiasan

Dah hancurkan hati orang pun panggil dear…bersabarlah

Menjengah ke ruangan komen tweet itu pula, rata-rata netizen menyifatkan lelaki berkenann tidak berhati perut kerana tergamak memainkan perasaan individu yang mencintainya. Selain titipan kata-kata semangat dan doa agar gadis yang teraniaya itu kembali gembira, ada juga yang berkongsi cerita menghadapi pengalaman sama sebelum ini.

Advertisement

Advertisement
Gambar sekadar hiasan

Sumber: Twitter 

Jawatan kosong di Kisah Dunia. Maklumat lanjut klik DI SINI

Advertisement

Apa Komen Anda?