Viral

Nak Tayang Si Bulus Kenyit Mata Depan Cermin, Tuan Kucing Pula Dipuji Handsome

Nak Tayang Si Bulus Kenyit Mata Depan Cermin, Tuan Kucing Pula Dipuji Handsome

Sharing is caring!

Ramai orang suka memelihara kucing kerana haiwan berkenaan bukan sahaja comel dan gebu, malah keletahnya yang bijak pasti dapat menghiburkan hati si pemilik. Kadangkala si ‘manja’ berkenaan akan melakukan sesuatu yang tak dijangkakan seperti haiwan peliharaan milik pemuda handsome ini.

BACA: Berbulan Tinggal Sebab PKP, Pelajar Terkedu Bilik Bersepah & Ada Bangkai Kucing


Baru umur 3 bulan dah pandai buat wink

Pengguna Twitter dikenali sebagai Caden Harriss telah memuat naik satu video menunjukkan keletah comel kucingnya yang baru berusia 3 bulan. Dalam rakaman tersebut, si ‘bulus’ bernama Syawal itu sempat mengenyitkan mata apabila melihat ke arah cermin yang tergantung di depannya.

Nak Tayang Si Bulus Kenyit Mata Depan Cermin, Tuan Kucing Pula Dipuji Handsome

Eh, boleh pulak dia kenyit lagi sekali bila disuruh

Lebih mengejutkan lagi apabila Syawal mengenyitkan mata buat kali kedua setelah disuruh oleh Caden. Hal ini menyebabkan si pemilik rasa ‘geram’ pula dengan kecomelannya si bulus miliknya. Mungkin disebabkan oleh wink comel yang dilakukan oleh Syawal, pemuda itu sempat berseloroh bahawa selepas ini pasti banyak kucing betina berkumpul di depan rumahnya.


Owner dengan si ‘meow’ sama-sama cute

Selain memuji kecomelan ‘si manja’ berkenaan, ramai juga netizen yang tertarik dengan wajah pemuda tersebut. Bahkan, ada yang sempat berseloroh kononnya keliru sama ada ingin melihat haiwan berkenaan atau si pemilik. Perkongsian video tersebut telah mendapat lebih 68 ribu tontonan dan 2 ribu retweets setakat ini.

Nak Tayang Si Bulus Kenyit Mata Depan Cermin, Tuan Kucing Pula Dipuji Handsome

Nak Tayang Si Bulus Kenyit Mata Depan Cermin, Tuan Kucing Pula Dipuji Handsome

Nak Tayang Si Bulus Kenyit Mata Depan Cermin, Tuan Kucing Pula Dipuji Handsome

Nak Tayang Si Bulus Kenyit Mata Depan Cermin, Tuan Kucing Pula Dipuji Handsome

Sumber: Twitter caden harriss


Nak cerita lagi? Sertai Telegram Erin Sakura di https://t.me/erinsakura

Sharing is caring!