Produk kosmetik atau supplement yang tidak mempunyai kelulusan pihak kesihatan semakin berleluasa di pasaran. Lebih mengejutkan lagi, terdapat sesetengah penjual supplement ini sanggup buat apa saja demi lariskan. Terbaru, nama Dr. Amalina Che Bakri pula yang terpalit.
BACA: Bergelar Tunangan Jejaka Eropah, Dr. Amalina Teruja Nak Buat Persiapan Kahwin
Konon boleh rawat kencing manis, mak percaya sebab ada gambar Dr. Amalina
Menerusi Twitter miliknya, Dr. Amalina menegur dan dedahkan screenshot daripada seorang pengguna Instagram yang meluahkan rasa kesal apabila ibunya menggunakan produk terbabit untuk merawat kencing manis. Ibu kepada individu berkenaan juga dikatakan percaya dengan ubat itu gara-gara terdapat namanya.
“Berhenti guna nama saya… kalau nak rawat diabetes, sila jumpa doktor”
Susulan itu, beliau meminta seller berkenaan berhenti menggunakan namanya untuk tujuan promosi sewenang-wenangnya. Dr. Amalina juga menjelaskan tidak pernah melariskan mana-mana produk supplement serta memohon orang ramai untuk segera dapatkan rawatan doktor untuk sebarang masalah kesihatan ini.
Dah pernah guna, bacaan gula makin susah nak control… elok doktor saman je seller ni
Di ruangan komen, rata-rata para netizen meminta doktor berusia 32 tahun ini untuk mengambil tindakan terhadap seller berkenaan. Selain itu, ada juga yang berkongsi pengalaman setelah menggunakan produk berkenaan dan ternyata ia tidak berkesan sama sekali untuk merawat diabetes. Sebaliknya, bacaan gula menjadi lebih susah untuk dikawal pula.

Sumber: Twitter Dr. Amalina
Nak cerita lagi? Sertai Telegram Erin Sakura di https://t.me/erinsakura
