[VIDEO] Nama Selalu ‘Dibahan’ Pasal Tok Ram, Ini Respon Santai Datin Alyah

Bagi yang mengikuti program nyanyian realiti Gegar Vaganza, pasti tidak kering gusi tatkala meyaksikan gelagat lucu yang ditampilkan oleh gandingan hos iaitu Nabil Ahmad dan Jihan Muse. Malah mereka juga dilihat suka mengusik salah seorang juri kegemaran ramai sejak beberapa musim terdahulu. Tak lain dan tak bukan pastilah Datuk Ramli MS, atau kini lebih popular dengan panggilan ‘Tok Ram’. 

BACA: [VIDEO] Tak Sangka Farah Ann Pandai Bergurau, Sampai Nabil Pun Kena ‘Bahan’

Datin Alyah respon nama selalu dibahan di GV2019

Cuma baru-baru ini, nama Datin Alyah dikatakan sering menjadi ‘modal lawak’ di konsert GV2019 memandangkan dia adalah isteri Tok Ram. Menerusi temu bual bersama portal F8Buzz, penyanyi wanita popular itu memberikan respon terhadap perkara terbabit (rujuk minit 4:10).

Saya kenal Nabil dah lama…tak kisah pun

Apabila ditanyakan reaksi mengenai hos GV terutamanya Nabil Ahmad, dia akui kadang-kala pelik namanya sering ‘dipetik’. Namun selaku rakan artis yang sudah saling mengenali beberapa tahun lamanya, Datin Alyah bagaimanapun mengambil pendekatan tidak kisah dengan apa jua yang mahu dilakukan oleh pelawak tersebut. Dalam pada itu, dia juga menjawab sebab mengapa tidak muncul di konsert pertandingan itu walaupun sudah masuk musim ke-6.

Cara jawab nampak betapa ilmiahnya dia..

Ekoran penjelasan berkenaan, rata-rata netizen amat mengagumi cara selebriti berusia 38 tahun ini menjawab spekulasi netizen. Selain teruja dengan persembahan Feeza yang bakal membawakan lagunya di konsert GV hujung minggu nanti, mereka turut mengucapkan tahniah atas kejaayan Datin Alyah mara ke separuh akhir Muzik-Muzik baru-baru ini.

Sumber: YouTube F8Buzz

Jawatan kosong di Kisah Dunia. Maklumat lanjut klik DI SINI

Apa Komen Anda?