Hiburan rancangan tv Viral

Namie Jadi Man Laksa Bersuara Kak V, Datuk Awie Terkejut Wings Dibawa Ke Pentas

Namie Jadi Man Laksa Bersuara Kak V, Datuk Awie Terkejut Wings Dibawa Ke Pentas

Meskipun bidang nyanyian tidak menyebelahi nasib Namie sebelum ini, namun penyertaannya bersama kumpulan Ubi menerusi ‘Muzikal Lawak Superstar’ nyata menjadi rezeki terpijak. Pada pusingan keempat semalam, jalan cerita serta chemistry yang baik antara mereka bertiga sekali lagi meletakkan Ubi di kedudukan cemerlang.

BACA : Ibarat Kembar Lain Negara, Pekerja Nepal Dipuji Wajah Terlalu Mirip Datuk Awie

Orang kampung semua ye, bersabar ye, malam ni kita rasa bertuah ye, kita akan adakan ya

Mengambil sentuhan idea daripada sedutan filem ‘Man Laksa’, mereka bertiga kononnya kalut kerana penyanyi yang seharusnya membuat persembahan di Malam Temasya Kampung Ubi masih belum tiba. Ini membuatkan penduduk kampung menjadi marah sehingga membaling sampah kepada ketua kampung (Fad). Tidak lama kemudian, Namie dengan penampilan persis watak Man Laksa muncul sebagai pengacara bersuara Kak V.

@zuhairahauni__

#ubiminggu4 #muzikallawaksuperstar3 #ubimuziklawaksuperstar #fypシ

♬ Эта любовь – Amirchik

Saya rasa secret weapon Ubi datang daripada Namie…Anda ada peluang untuk bersinar

Tidak terhenti di situ, studio pertandingan menjadi gamat setelah 3 ahli Wings muncul di sketsa berkenaan. Walaupun tiada sepatah dialog, kehadiran itu disambut cukup meriah termasuklah Datuk Awie yang mula berdiri di kerusi juri kerana teruja. Kreativiti persembahan berkenaan telah meraih 5 star, malahan Namie pula mendapat pujian khas daripada Najib Ali kerana disifatkan sebagai ‘orang kuat’ dalam kumpulan Ubi.

@zuhairahauni__

Reply to @azirahazid #muzikallawaksuperstar3 #fypシ #ubimuziklawaksuperstar

♬ Эта любовь – Amirchik

Namie keluar terus teringat Man Laksa…Terbaik Namie, berbakat sungguh

Melalui ruangan komen, ramai netizen terhibur dengan Ubi yang disifatkan penyeri utama dalam rancangan komedi ini. Malahan mereka kagum dengan bakat guru itu di pentas live yang nampak sangat ‘hidup’.

Namie Jadi Man Laksa Bersuara Kak V, Datuk Awie Terkejut Wings Dibawa Ke Pentas

Namie Jadi Man Laksa Bersuara Kak V, Datuk Awie Terkejut Wings Dibawa Ke Pentas

Namie Jadi Man Laksa Bersuara Kak V, Datuk Awie Terkejut Wings Dibawa Ke Pentas

Kredit : IG Astro Gempak, Zon Lawak & TikTok zuhairahauni

🚨 Erin Sakura KINI MENCARI INTERN! Klik untuk maklumat lanjut.

Nak cerita lagi? Sertai Telegram Erin Sakura di https://t.me/erinsakura

Namie Jadi Man Laksa Bersuara Kak V, Datuk Awie Terkejut Wings Dibawa Ke Pentas

Facebook

Telegram