Viral Hiburan rancangan tv

Namie Jadi Samseng Bersuara Sunio, Netizen Puji Walaupun Ubi Kureng Menyengat

Namie Jadi Samseng Bersuara Sunio, Netizen Puji Walaupun Ubi Kureng Menyengat

Dalam setiap pertandingan komedi, setiap peserta pastinya melalui fasa ‘pasang surut’ idea menjadikan persembahan mereka tidak sama setiap minggu. Hal sama seakan terjadi kepada kumpulan Ubi pada pusingan ke-5 malam tadi setelah 4 minggu berturut-turut meraka tampil dengan idea menghiburkan.

BACA : Namie Jadi Man Laksa Bersuara Kak V, Datuk Awie Terkejut Wings Dibawa Ke Pentas

Genji, kau buat apa di sini? Loh udah kantoin gue…Uraaaaaaa

Kali ini, Namie telah membawa watak samseng junior yang bersuara Sunio. Sharif menjadi nelayan manakala Fad pula menjayakan karakter Genji Indonesia. Ringkasnya mereka mengangkat tema mengenai jenayah penyeludupan manusia yang menjadi isu sosial dunia masa kini. Seperti biasa, penekanan lawak kumpulan Ubi terdapat pada dialog percakapan dan gubahan lagu kreatif.

@nizzamzainal

#muzikallawaksuperstar3 #minggu5 #UBI #fypシ゚viral #fypシ #trending

♬ original sound – KENTANG – KENTANG

Terima kasih bagi kami persembahan yang baik…Chemistry korang memang best

Dengan persembahan yang menghiburkan, Siti Saleha selaku juri utama turut memberikan pujian melambung. Andai kata mempunyai rezeki ke pusingan akhir nanti, dia berharap Ubi dapat mengekalkan momentum tersebut.

@nizzamzainal

Replying to @amyyhssn #muzikallawaksuperstar3 #minggu5 #UBI #fypシ゚viral #fypシ #trending

♬ original sound – KENTANG – KENTANG

Ada yang tak berapa kelakar, tapi persembahan teratur…Dah 4 minggu Ubi bagi kaw kaw

Meskipun beranggapan terdapat sedikit kelemahan idea pada tayangan malam tadi, netizen tetap berpuas hati dan memberikan kata semangat kepada kumpulan kegemaran mereka ini. Malah ramai yakin Ubi berpotensi menjadi juara MLS 2022.

Namie Jadi Samseng Bersuara Sunio, Netizen Puji Walaupun Ubi Kureng Menyengat

Namie Jadi Samseng Bersuara Sunio, Netizen Puji Walaupun Ubi Kureng Menyengat

Namie Jadi Samseng Bersuara Sunio, Netizen Puji Walaupun Ubi Kureng Menyengat Namie Jadi Samseng Bersuara Sunio, Netizen Puji Walaupun Ubi Kureng Menyengat

Kredit : TikTok NIZZAMZAINAL & YouTube ISSMOHD

🚨 Erin Sakura KINI MENCARI INTERN! Klik untuk maklumat lanjut.

Nak cerita lagi? Sertai Telegram Erin Sakura di https://t.me/erinsakura

Namie Jadi Samseng Bersuara Sunio, Netizen Puji Walaupun Ubi Kureng Menyengat

Facebook

Telegram