Tips

“Nampak Lapisan Putih, Sapukan Lidah Anak Dengan Air Kencing..” – Petua Apakah?

“Nampak Lapisan Putih, Sapukan Lidah Anak Dengan Air Kencing..” – Petua Apakah?

Sharing is caring!

“Tak apa ke kalau lidah bayi ada putih-putih ni? Macam mana nak bersihkan?”. Berikut adalah antara persoalan dan dilema yang sering dialami oleh mereka yang baru bergelar ibu bapa. Tak kiralah sama ada bayi anda diberi minum susu badan ataupun formula, tanda ini sebenarnya adalah lapisan susu. Jika lama dibiarkan ianya boleh menjadi lebih tebal dan seterusnya membentuk kulat susu yang dikenali sebagai ‘oral thrush’.

BACA: [VIDEO] Fakta Kehamilan: Dr Imelda Dedah Air Ketuban Rupanya Air Kencing Janin!

“Nampak Lapisan Putih, Sapukan Lidah Anak Dengan Air Kencing..” – Petua Apakah?
Gambar sekadar hiasan

Letak air kencing dulu sebelum sapu dalam mulut anak. Apakah?

Lapisan berwarna putih ini senang saja untuk dibersihkan. Lilitkan kain bersih pada jari anda, kemudiannya rendam pada air suam sebelum sisa tersebut digosok keluar. Namun baru-baru ini tular pula mengenai satu kaedah yang agak pelik bagi tujuan ini. Menurut pengguna Facebook berkenaan, kain yang dicalitkan dengan air kencing bayi itu sendiri dilihat dikatakan lebih mujarab dan merupakan petua yang diturunkan oleh ibunya sendiri.

“Nampak Lapisan Putih, Sapukan Lidah Anak Dengan Air Kencing..” – Petua Apakah?


Buat teruk dah kenapa…siap selawat pula

Susulan daripada penularan mengenai status berkenaan, kaedah tersebut nyata dikritik hebat seperti pengguna Twitter yang dikenali dengan nama @dylawok ini. Selain cara pembersihan itu disifatkan sebagai sangat teruk, dia juga terkilan apabila pihak tersebut menyalahgunakan amalan agama bagi memperdayakan orang ramai. Dalam pada itu, rata-rata netizen turut mengecam petua tradisional yang sudah tidak relevan dan membawa banyak mudarat kepada manusia.

“Nampak Lapisan Putih, Sapukan Lidah Anak Dengan Air Kencing..” – Petua Apakah?

Tak semua petua boleh ikut…fikir la dulu

“Nampak Lapisan Putih, Sapukan Lidah Anak Dengan Air Kencing..” – Petua Apakah?


“Nampak Lapisan Putih, Sapukan Lidah Anak Dengan Air Kencing..” – Petua Apakah?

“Nampak Lapisan Putih, Sapukan Lidah Anak Dengan Air Kencing..” – Petua Apakah?

“Nampak Lapisan Putih, Sapukan Lidah Anak Dengan Air Kencing..” – Petua Apakah?
Gambar sekadar hiasan

Sumber: Twitter dylawok


Nak cerita lagi? Sertai Telegram Erin Sakura di https://t.me/erinsakura

Sharing is caring!