Meskipun dalam musim PKPB, konsert minggu kelima Gegar Vaganza musim ketujuh (GV7) nyata berlangsung dengan sangat meriah dengan tema ‘Tau-Tau Sampai’. Walau bagaimanapun, Nomad terpaksa akur apabila perjalanannya terhenti apabila diumumkan tersingkir di hujung rancangan itu sekali gus terpaksa lupakan hasrat mengejar gelaran juara musim ini.
BACA: Lama Menyepi, Linda Nanuwil Buat Comeback Di GV7 Kini Dijangka Jadi Juara
Persembahan ‘Nakal’ Noraniza Idris kejutkan ramai pihak…tak berkelip mata tengok
Seperti biasa, semua bintang yang menyertai GV sentiasa dicabar untuk menyampaikan genre lagu berbeza termasuklah dalam persembahan Noraniza Idris malam tadi. Walaupun namanya sering diangkat sebagai ‘Ratu Etnik Kreatif’, tapi dia tetap berjaya memberi persembahan yang cukup bertenaga menerusi lagu ‘Nakal’ yang dipopularkan oleh Ayda Jebat.
Semua juri GV7 tak sangka lagu ni pun boleh perform
Memandangkan ini kali pertama Noraniza Idris menyampaikan lagu sedemikian secara langsung, ramai pihak termasuk para juri tak sangka cabaran tersebut berjaya dilaksanakan dengan cemerlang. Walaupun tahap kesihatannya tak berada pada tahap sempurna, tapi persembahannya dikatakan tak ubah seperti artis BBNU.
“Ani, part nyanyi yang ‘kurang ajar’ tu belajar dekat mana? Kurang ajar tu maksudnya cantik, cute.. ” – Datuk Ramli MS
“Nampak macam 18 tahun la Ani. Movement muka tu cute..” – Datuk Hattan
Sangat mantap sampai rasa tak puas tengok…so nakal & cute juga
Ruang komen di Instagram milik Noraniza Idris juga dibanjiri dengan reaksi positif netizen. Selain mengakui tak puas menonton persembahan tersebut, mereka turut memuji penampilan Noraniza Idris yang dikatakan agak berani dan comel. Secara keseluruhannya, Noraniza Idris telah meraih tempat keempat dalam carta mingguan konsert malam tadi.
Sumber: IG noraniza_idris
Nak cerita lagi? Sertai Telegram Erin Sakura di https://t.me/erinsakura