“Nampak Muka Ayah Sebak”- Pinggan Pusaka Pecah Masa Beraya, Anak Buka Cerita

Tak cukup dengan kereta dan haiwan peliharaan yang menjadi sasaran kanak-kanak, siapa sangka barangan pusaka juga telah terpalit dengan tragedi raya tahun ini. Begitulah seperti apa yang dikongsikan seorang gadis ini di Twitter pada Sabtu lalu. Pinggan pusaka berusia 150 tahun milik bapanya pecah gara-gara anak salah seorang kenalan bapanya bertandang ke rumah mereka minggu lepas.

BACA: Cermin Pecah Kena Batu.. Body Kereta Calar, Adab Budak Beraya Makin Melampau!

Pinggan pusaka nenek bagi ayah dah pecah

Kredit foto mStar Online

Kejadian itu berlaku ketika rumah mereka mengadakan majlis rumah terbuka dan dihadiri ramai tetamu. Pinggan itu pecah disebabkan seorang kanak-kanak yang berlari masuk ke dalam rumah mereka lalu terjatuh dan tersadung besi yang menampung pinggan hiasan itu.

Baru 5 minit masuk rumah dah pecah pinggan tu

Sejurus pinggan itu terjatuh, gadis bernama Shakina ini sempat menoleh ke arah bapanya dan apa yang dilihat adalah riak wajah sedih orang tua itu. 

Ayah tiba2 senyap.. muka dia sebak macam nak nangis 

Ayah sayangkan pinggan tu.. tapi ayah tak marah

Pinggan tu diberi secara turun-temurun dari moyang

Kredit foto mStar Online

Tiada masalah yang tak boleh diselesaikan. Mereka sekeluarga akhirnya bersepakat untuk memperbaiki semula pinggan itu dengan mencantumkannya.

Ada cara untuk cantumkan semula. Guna pelekat & gam

Saya dan ayah cuba untuk betulkan balik

Hasilnya…

Okay. Dah betulkan

Shakina bagaimanapun meminta supaya orang ramai tidak memanjangkan isu itu memandangkan telah selesai.

Harap korang berhenti salahkan ibu bapa dia

,

Sumber: Twitter schasprouse, abdulshamin, mStar Online

Apa Komen Anda?