Nampak Penumpang Sebelah Buka SeIuar, Aku Dah Jerit Minta Tolong Tapi Sia-Sia..

Sebuah perkongsian daripada seorang wanita bernama Ai di Twitter tentang pengalaman buruk yang dihadapinya semasa menaiki sebuah bas awam telah mengundang perhatian ramai. Dalam perkongsian itu, Ai telah menceritakan saat-saat dia mula perasan dengan tindakan ‘k0tor’ seorang penumpang lelaki yang duduk berdekatan dengannya sehingga membuatkan dia jadi marah lalu menjerit meminta tolong. 

BACA: ‘Video Ni Mengingatkan Aku Dengan Pakwe Dulu, Dah Jerit Pun Takde Orang Tolong’

Gambar sekadar hiasan

Nampak dia buat 0nani.. terkejut dan tegur

Dalam kejadian lebih kurang 7.50 pagi itu, Ai sedang dalam perjalanan ke tempat kerja menaiki bas dari Petaling Jaya ke Setia Alam, Shah Alam. Perbuatan tidak senonoh uncle tersebut yang membuka seluar dan melakukan 0nani mula disedari Ai ketika bas sedang berhenti di Klang untuk menurunkan penumpang. 

Gambar sekadar hiasan

Semua pandang tapi tak buat apa2

Namun, tindakannya yang menjerit dan memarahi penumpang itu akhirnya hanya sia-sia apabila penumpang lain yang turut berada dalam bas yang sama hanya melihat tanpa ada rasa bertanggungjawab untuk membantunya. 

Tapi saya takda bukti, tak terfikir nak rakam

Gambar sekadar hiasan

‘Muka awak menghairahkan.. kalau saya pun buat benda sama’

Ai turut menggambarkan keadaan fizikal uncle tersebut yang berusia lingkungan 40-an, sedikit beruban dan berbadan agak gempal. Apa yang lebih mendukacitakan, rentetan kejadian itu Ai sekali lagi menerima gangguan daripada seorang lelaki tak dikenali menerusi DM di Twitter pada hari yang sama. 

Kredit foto mStar Online

Jangan takut atau diam.. rakam untuk bahan bukti

Bagaimanapun Ai yang berkerja sebagai kerani menjelaskan pada hari kejadian dia telah berpakaian sopan iaitu berbaju kurung dan juga bertudung. Jadi adalah tidak patut apabila ada netizen yang menuduhnya di ruangan komen kerana menjadi punca perlakuan tidak senonoh uncle berkenaan. Mengambil iktibar atas apa yang berlaku, Ai telah menyeru agar gadis yang senasib dengannya tampil berani melawan si pelaku biadap bila di tempat awam. 

Sumber: mStar Online

Apa Komen Anda?