“Nampak Qash Je Terus Jadi Bisu”- Parodi Sweet Dreams Jihan & Bell Lawak Habis!

Biarpun belum habis lagi tayangannya, drama rantaian fenomena ‘Sweet Dreams’ sering menjadi bualan hangat ramai. Malah rata-rata pengguna Twitter turut meletakkan tajuk drama itu sehingga menjadi trending nombor 1 setiap kali berlangsungnya episod yang terbaru. Gara-gara itu juga, pihak rancangan temubual parodi MeleTOP berminat untuk melakukan sebuah video parodi berdasarkan tema drama yang  diadapatasi daripada novel tersebut.

BACA: [VIDEO] “Ni Bukan Ben Amir, Ni Ben Ate!” Parodi Syaiful Zero Cuit Hati Ramai!

Advertisement

Video Parodi ‘Sangkar & Sweet Dreams’ – Jihan & Bell

Seperti biasa, parodi dalam rancangan ini diterajui oleh pelakon serta pelawak terkenal, iaitu Jihan Muse dan Bell Ngasri. Selain drama tersebut, mereka turut menyelitkan sedikit babak dalam filem terbaru Sangkar juga ke dalam parodi tersebut.

Advertisement

View this post on Instagram

Xde byk beza pon.Kalo ada beza pon tang kulit dgn bibir je #parodimeletop

Advertisement

A post shared by Bell (@bellngasri) on

Rambut Ben betul-betul viral…mainan jari pun main peranan, nakal Jihan

Advertisement

Antara yang menjadi tumpuan ramai dalam video tersebut adalah watak Ben Amir yang dilakon semula oleh adik Anne Ngasri tersebut. Selain itu, Jihan Muse pula nampaknya ‘tapau habis’ karakter yang dipegang oleh Mira Filzah memandangkan bahawa aktres itu sememangnya terlibat dalam kedua-dua naskah seni tersebut. Ternyata lakonan serta gelagat lucu yang ditampilkan oleh mereka tidak mengecewakan apabila mendapat banyak reaksi daripada kalangan netizen.

Advertisement

Sumber: YouTube MeleTOP & IG bellngasri

Advertisement

Jawatan kosong di Kisah Dunia. Maklumat lanjut klik DI SINI

Apa Komen Anda?