Nampak Selesa, Tapi Amalan Tidurkan Dengan Bantal Boleh Ragut Nyawa Bayi Anda

Seperti yang diketahui ramai, bantal adalah keperluan utama terutamanya dalam di atas katil bilik tidur masing-masing. Selain berperanan untuk merehatkan kepala, bantal sangat bagus untuk memberi sokongan pada bahagian leher manusia agar tidak menghadapi sebarang masalah ketika tidur. Akan tetapi, tahukah anda bahawa barang tersebut juga mampu mengundang ancaman terhadap nyawa seseorang bayi?

BACA: Baru 3 Jam Dilahirkan, Bayi Hilang Nyawa Gara-Gara Si Ibu Beri Minum Air Masak

Gambar sekadar hiasan

Bantal boleh menyebabkan Sudden Infant Death Syndrome (SIDS)

Advertisement

Menurut portal Hello Doktor, penggunaan bantal yang tidak sesuai berpotensi meningkatkan risiko bayi berusia empat bulan pertama untuk mengalami SIDS. Meskipun ciri objek tersebut lembut dan empuk, namun bayi tetap perlu diberi perlindungan dan pengawasan yang tinggi daripada golongan ibu bapa. Hal ini kerana anak-anak mungkin akan meniarap, membenamkan muka mereka ke dalam bantal lalu menyebabkan sesak nafas.

Gambar sekadar hiasan

Pakar perubatan cadang guna bantal hanya lepas umur 18 bulan

Menurut pakar perubatan, majoriti kanak-kanak pada usia berikut belum mahu tidur sambil dialaskan bantal juga. Oleh sebab itu, adalah disarankan buat ibu bapa agar menangguhkan terlebih dahulu idea berkenaan hinggalah umur mereka mencecah sekurang-kurangnya 18 bulan. Apabila si kecil sudah masuk 2 tahun pula, anda sudah boleh mula biasakan mereka dengannya bagi memastikan kualiti tidur yang terbaik.

Advertisement
Gambar sekadar hiasan
Gambar sekadar hiasan

Pilih bantal yang sesuai dengan anak…kecil & rata

Dalam pada itu, ibu bapa perlu pandai mengenalpasti bantal yang sesuai dengan perkembangan bayi masing-masing. Ia perlulah kecil, rata dan diperbuat daripada kapas bagi memastikan anak-anak memperoleh sokongan cukup pada leher mereka. Bantal diperbuat daripada bulu pelepah mungkin bagus untuk individu dewasa, namun dikhuatiri boleh mendatangkan alahan kepada si manja. Sekiranya risau bayi akan menghidap selesema ekoran cuaca sejuk, sarungkan saja baju tidur dan sarung kaki pada waktu malam.

Gambar sekadar hiasan

Sumber: Hello Doktor

Advertisement

Jawatan kosong di Kisah Dunia. Maklumat lanjut klik DI SINI

Advertisement

Apa Komen Anda?