“Nampak Senyuman Terakhir Abang..”-Keluarga Kongsi Saat Terakhir Dengan Danial

Sabtu lalu, sehari sebelum Hari Raya Aidiladha, Malaysia digemp4rkan dengan kejadian perselisihan faham hingga melayangnya nyawa pegawai bank, Syed Muhammad Danial Syed Syaekir, 29.  Kejadian berlaku di Kilometer 293.5 Lebuhraya Utara – Selatan (PLUS) berhampiran susur Bandar Baru Bangi ini bermula dengan pertengkaran berakhir dengan tragedi apabila m@ngsa meningg@l dunia ketika menerima rawatan di Hospit@l Nilai.  Mempunyai anak,  Sharifah Dian Malika yang masih kecil berusia sekitar empat bulan, pemergian Syed Muhammad Danial mencetuskan rasa hiba yang mendalam pada siapa sahaja yang mengikuti perkembangan beliau.  Ahli keluargnya juga turut menyuarakan perasaan sayu dengan pemergian beliau.

BACA: Berkali-Kali Ucap Maaf, Budak Tahfiz Ini Dipuji Tegur Aurat Wanita Cara Baik

Menurut Syed Murtadha, bapa saudara kepada Allahyarham Syed Muhammad Danial, anak saudaranya itu seorang yang amat baik hati.

He is kind, good hearted..

Seorang yang sentiasa menghargai sesiapa sahaja disisinya. Malahan menurut bapa saudaranya itu, Syed Muhammad Danial sejak kecil sangat menghargai pemberian hadiah yang diberikan kepadanya. Kapal lanun pemberian pakciknya itu disimpan dengan baik di dalam almari. Malahan, sebagai tanda terima kasih kepada Syed Murtadha, sesudah dewasa Syed Muhammad Danial menghadiahi bapa saudaranya itu dengan hadiah yang mahal.

He was my only Abang

Sering bermain air dengan Syed Muhammad Danial , bapa saudaranya itu tidak menyangka beliau akan memandikan anak saudaranya buat kali terakhir.

Ayahlang nampak senyuman terakhir Abang

Merupakan seorang rakan yang baik, pemergian Syed Muhammad Danial diiringi oleh rakan dari pelbagai bangsa dan agama hadir untuk mengucapkan selamat tinggal.

He was good friend to all his friends that know him

Walaupun hanya sebentar di dunia, Syed Murtadha percaya anak saudaranya itu sempat merasa kebahagiaan di dunia disamping isterinya dan anaknya.

..sedih sebab tak lama Abang merasa nikmat seorang bapa..

Di hujung kalamnya, beliau menukilkan rasa rindu yang teramat dan memohon doa semua buat anak saudaranya itu.

Ya Allah, ampunilah dosanya..

Sumber:  Syed Murtadha

Apa Komen Anda?