Cinta Viral

Nangis Luang Masa Terakhir Bersama Pakwe, Gadis Tersepit Dengan Jodoh Keluarga

Nangis Luang Masa Terakhir Bersama Pakwe, Gadis Tersepit Dengan Jodoh Keluarga

Sharing is caring!

Tidak dinafikan kebahagiaan seorang anak itu terletak pada reda orang tua, namun soal pemilihan jodoh sebolehnya biarlah mereka yang uruskan. Hakikatnya adalah perit untuk tinggalkan insan tersayang gara-gara campur tangan keluarga. Itulah dilema yang dialami oleh seorang gadis Indonesia ini.

BACA : [VIDEO] Gugur Air Mata Jantan, Detik Perpisahan Sahabat Ini Meruntun Jiwa Ramai


Kawan sedih sebab tersepit dengan jodoh pilihan keluarga..

Menerusi TikTok @channd97, dia berkongsi kisah duka mengenai masalah hubungan cinta oleh rakannya memandangkan ibu bapa gadis berkenaan sudah mempunyai calon pilihan lain untuk disatukan dengannya. Jelas terlihat reaksi gadis berkenaan gagal tahan sebak sewaktu menemui teman lelakinya di sebuah restoran.

Nangis Luang Masa Terakhir Bersama Pakwe, Gadis Tersepit Dengan Jodoh Keluarga    Nangis Luang Masa Terakhir Bersama Pakwe, Gadis Tersepit Dengan Jodoh Keluarga

Dah jalin hubungan cinta dengan teman lelaki selama 4 tahun…

Bagi gadis ini, perjalanan untuk membuang segala perasaan dan kenangan lama cukup memeritkan sekali. Malah dia juga dilihat mengalami breakdown teruk sehingga berguguran air mata saat berkongsi masalah tersebut. Mana tidaknya, bukan senang untuk move on selepas hubungan yang terjalin selama 4 tahun terpaksa ditamatkan begitu sahaja.


Nangis Luang Masa Terakhir Bersama Pakwe, Gadis Tersepit Dengan Jodoh Keluarga

@channd97

😭😭😭 #fypシ #fyp #goviral #viral #masukberanda #berandatiktok #tiktokindo #tiktokindonesia #xyzbcaa

♬ Konser Rossa – camilaa🦋

Kadang restu orang tua tu penting, tapi mak ayah perlu sokong keputusan anak..

Ternyata, rakaman video tersebut berjaya merobek jiwa netizen selain meraih lebih 900 ribu tontonan setakat ini. Rata-rata mereka mengakui simpati dengan nasib menimpa gadis terbabit. Tidak terkecuali juga yang beranggapan bahawa ibu bapa tidak seharusnya terlalu masuk campur soal jodoh anak-anak, sebaliknya menyokong dan percaya dengan setiap keputusan diambil.


Nangis Luang Masa Terakhir Bersama Pakwe, Gadis Tersepit Dengan Jodoh Keluarga Nangis Luang Masa Terakhir Bersama Pakwe, Gadis Tersepit Dengan Jodoh Keluarga Nangis Luang Masa Terakhir Bersama Pakwe, Gadis Tersepit Dengan Jodoh Keluarga

Sumber : TikTok channd97

Nak cerita lagi? Sertai Telegram Erin Sakura di https://t.me/erinsakura

Sharing is caring!