Viral Isu Semasa

Wanita Cemas Disamun & Kena Seret Di Tempat Awam, Koperal Polis Antara Ditahan

Wanita Cemas Disamun & Kena Seret Di Tempat Awam, Koperal Polis Antara Ditahan

Pada zaman yang penuh pancaroba kini, risiko dan ancaman boleh datang dari pelbagai arah. Justeru, setiap pihak disaran supaya selalu mengambil langkah berjaga-jaga terutamanya golongan wanita. Jika tidak, bimbang berlakunya pula insiden samun seperti di sebuah premis makan Jalan Perdana 3/10 Pandan Perdana, Kuala Lumpur baru-baru ini.

BACA: Nampak Katak ‘Besar’ Di Bilik Air, Wanita Naik Geli Terpaksa Telefon Bomba

Tengah minum di kedai, tiba-tiba diheret 3 suspek yang tampil mengaku sebagai polis

Memetik laporan Harian Metro, seorang wanita warganegara China telah disamun oleh 3 suspek lelaki. Jurujual berusia 29 tahun tersebut difahamkan sedang minum di sana bersama rakan-rakannya sekitar 7 malam tadi. Menurut Timbalan Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, kesemua suspek telah menghampiri wanita tersebut dan memperkenalkan diri sebagai polis sebelum tiba-tiba memegangnya serta diheret ke kawasan parkir.


Wanita Cemas Disamun & Kena Seret Di Tempat Awam, Koperal Polis Antara Ditahan

Wanita Cemas Disamun & Kena Seret Di Tempat Awam, Koperal Polis Antara Ditahan

Wanita Cemas Disamun & Kena Seret Di Tempat Awam, Koperal Polis Antara Ditahan


Jerit sekuat hati sampai orang ramai dengar, seorang koperal ditahan & 2 lagi larikan diri

Susulan kejadian itu, wanita terbabit kemudiannya bertindak menjerit meminta tolong sekali gus menarik perhatian orang awam yang bergegas menghulurkan bantuan. Apa yang lebih mengejutkan, seorang suspek telah berjaya ditahan merupakan polis berpangkat koperal berusia 46 tahun manakala 2 rakannya telah berjaya meloloskan diri. Selain itu, wanita tersebut difahamkan telah mengalami kerugian sebanyak RM5 ribu serta beberapa barang peribadi lain telah dicuri.

Wanita Cemas Disamun & Kena Seret Di Tempat Awam, Koperal Polis Antara Ditahan

Wanita Cemas Disamun & Kena Seret Di Tempat Awam, Koperal Polis Antara Ditahan


Wanita Cemas Disamun & Kena Seret Di Tempat Awam, Koperal Polis Antara Ditahan

Wanita Cemas Disamun & Kena Seret Di Tempat Awam, Koperal Polis Antara Ditahan

Sumber: FB Harian Metro, Info Roadblock JPJ/POLIS

Nak cerita lagi? Sertai Telegram Erin Sakura di https://t.me/erinsakura

Wanita Cemas Disamun & Kena Seret Di Tempat Awam, Koperal Polis Antara Ditahan

Facebook

Telegram