Nasib Yatim Piatu – Abang Kakak Balik Rumah Mertua, Adik Bongsu Beraya Sorang

Dapat pulang beraya ke kampung bersama mak ayah dan adik-beradik adalah satu nikmat yang paling bermakna bagi setiap orang. Namun, perkara itu tidak lagi dirasai oleh seorang wanita ini yang juga merupakan anak bongsu dalam keluarganya. Raya kali ini begitu kosong dirasai apabila bapanya baru sahaja menghadap Ilahi 2 minggu sebelum umat IsIam menyambut bulan puasa kali ini, manakala ibunya pula telah pergi sejak 3 tahun lalu.

BACA: “Ni Hari Pertama Puasa Lepas Mak Pergi. Orang Lain Semua Buka Dengan Family..”

Semoga roh ayah & mak dalam kalangan orang2 beriman

Menerusi ruangan komen pada satu posting berkenaan hari raya di laman Facebook, Efa Sulaiman telah buka cerita tentang sambut4n perayaannya pada tahun ini yang agak suram bagi dirinya. 

Siapa di kalangan kita sambut Aidilfitri tanpa ibu bapa?

First time malam raya sorang2 kat rumah kampung ni.. 

Rasa kosong bila masuk rumah ni tadi.. dah takde suasana berebut toilet

Selepas komen itu menjadi tular di media sosial, netizen yang bersimpati dengan nasibnya terus menyerbu ruangan Facebook milik Efa.

Sampai post 2016 korang stalk.. sedih akak

Berikut adalah kapsyen yang pernah ditulisnya ketika ibunya baru sahaja pergi menyambut panggilan Ilahi pada tahun 2016 dan kini menjadi perhatian ramai netizen.

Mak di tempat yang baik sekarang

4 bulan mak terbaring je kat katil

Sejak ceritanya menjadi tular, netizen turut mengecam tindakan abang dan kakaknya yang tidak bawa dia beraya bersama. Menurut Efa, luahannya pada ruangan komen tersebut ditulis sekadar suka-suka dan bukannya untuk meraih simpati. 

Tolong jangan kecam abang kakak saya.. kesian dorang

Sumber: FB Efa Sulaiman

Apa Komen Anda?