Viral Artis

Neelofa Minta Izin Sebelum Cerita, Cinta Berputik Bila PU Riz Imamkan Tarawih

Neelofa Minta Izin Sebelum Cerita, Cinta Berputik Bila PU Riz Imamkan Tarawih

Sebelum ini, peminat hanya mengetahui Neelofa dan PU Riz kali pertama berkenalan melalui urusan kerja di tahun 2017. Siapa sangka, rupanya jodoh mereka sedang diatur dengan indah oleh Allah sebelum selamat mendirikan pernikahan tahun lalu. Ekslusif bersama ‘MeleTOP’ semalam, kisah di sebalik percintaan dua selebriti ini akhirnya diceritakan dalam versi lebih terperinci.

BACA : Nabil Tutup Muka Patung Gurau Bilal Tak Sedia Dedah Wajah, Lofa Ketuk Guna Mic

Eh pernah kerja dengan PU Riz, panggil dia la…First time pergi rumah mak, Ya Allah berputik cinta

Menerima soalan bilakah detik kali pertama cinta bermula, bekas pengacara ‘MeleTOP’ itu sempat meminta izin terlebih dahulu sebelum memberikan jawapan. Apabila sudah mendapat ‘lampu hijau’, Neelofa mengimbau semula perasaan suka mula berputik setelah ustaz selebriti itu diundang menjadi imam solat tarawih di rumah ibunya, Datin Tini pada Ramadan Covid-19 dahulu.


Neelofa Minta Izin Sebelum Cerita, Cinta Berputik Bila PU Riz Imamkan Tarawih

Bila dah jadi ayah, kita nampak sisi orang yang bertanggungjawab tu lebih daripada masa kita berdua saja

Dengan reaksi malu-malu kucing, Pu Riz terus menamatkan perbualan tentang topik itu dan minta beralih ke persoalan seterusnya. Lucunya, Nabil selaku pengacara utama sempat bergurau dan cuba ‘memancing’ lagi dengan mengajukan soalan lain pula. Selain itu, Neelofa mendedahkan sisi bertanggungjawab semakin kelihatan setelah mereka dikurniakan Bilal sebagai anak sulung.

PU Riz betul-betul ubah Neelofa…Dulu gelak mengilai, tengok dia sekarang

Melihat keterujaan Neelofa yang mahu berkongsikan cerita perkenalan istimewa dengan suaminya, netizen juga sangat terhibur selain meluahkan rindu untuk melihatnya kembali mengacara. Malahan, ada juga yang memberikan pujian kepada PU Riz kerana mendidik isterinya menjadi orang lebih baik.


Neelofa Minta Izin Sebelum Cerita, Cinta Berputik Bila PU Riz Imamkan Tarawih

Neelofa Minta Izin Sebelum Cerita, Cinta Berputik Bila PU Riz Imamkan Tarawih

Neelofa Minta Izin Sebelum Cerita, Cinta Berputik Bila PU Riz Imamkan Tarawih


Kredit : YouTube MeleTOP & TikTok seorangnur

Nak cerita lagi? Sertai Telegram Erin Sakura di https://t.me/erinsakura

Neelofa Minta Izin Sebelum Cerita, Cinta Berputik Bila PU Riz Imamkan Tarawih

Facebook

Telegram