Pemergian peserta Big Stage 2020, Sandra Dianne pada minggu lepas sememangnya telah memberi kesan mendalam kepada ramai pihak. Selain keluarga, kehilangan tersebut turut dirasai oleh rakan seperjuangannya sejak berusia 19 tahun lagi iaitu Neeta Manishaa. Baru berjinak-jinak dalam dunia pengacaraan, siapa menduga bahawa penyanyi kecil molek ini terpaksa mengulas tentang pemergian sahabat baiknya sendiri.
BACA:Β Foto IG Akhir Berbusana Putih, Netizen Terkedu Komen Yang Sempat Ditulis Sandra
Tribute Sandra dalam kenangan…Neeta dendang lagu yang tak sempat dinyanyikan
Malam tadi, konsert tribute istimewa berjudul #SandraDalamKenangan telah diadakan bagi mengenang penglibatan penyanyi berusia 24 tahun tersebut dalam industri seni terutamanya sepanjang pertandingan Big Stage 2020. Antara yang paling mencuri tumpuan adalah kehadiran Neeta yang juga merupakan naib juara musim lalu. Selain berkongsi tentang kisah persahabatan mereka, dia turut menyampaikan lagu terakhir Sandra yang berjudul ‘Tulus’ dengan penuh emosi.
Parents Sandra yang request kepada Neeta…Alif Satar & Sherry Al-Hadad sebak baca lirik lagu ‘Tulus’
Difahamkan, persembahan yang cukup bermakna tersebut telah diminta sendiri oleh ibu bapa Sandra manakala busana dipakai oleh Neeta turut diinspirasikan daripada video muzik ‘Tulus’. Dalam pada itu, hos Big Stage iaitu Sherry Al-Hadad dan Alif Satar dilihat turut sebak sejurus membaca bait lirik lagu Sandra walaupun mereka berjanji untuk kawal emosi sebelum itu.
Alif dan Sherry sebak selepas baca lirik lagu terbaharu Sandra Dianne yang bertajuk Tulus#NormaBaharu #DisiplinMalaysia #HapusCOVID19 pic.twitter.com/9xqu7CjSro
— π²πΎAstro AWANIπ²πΎ (@501Awani) September 13, 2020
Dress malam ni, inspired by Sanβs MV dress π€
— neeets (@neetamanis_) September 13, 2020
Hope u are proud san, now rest well we all love you and always β€οΈ
— neeets (@neetamanis_) September 13, 2020
Sumber: TwitterΒ Astro Awani & IG officialriax
Nak cerita lagi? Sertai Telegram Erin Sakura di https://t.me/erinsakura