Bagi yang sudah berkahwin, persoalan nak balik beraya di sebelah suami atau isteri adalah lumrah biasa. Namun lain pula bagi mereka yang baru saja melangkah ke alam rumah tangga. Jika anda baru pertama kali pulang beraya di rumah mentua masing-masing, pasti ini detik yang sangat mendebarkan.
BACA: [VIDEO] Sebak, Bakal Mertua Kucup Tangan Gadis Lepas Sarung Cincin Pertunangan
Bawa buah tangan & rajinkan diri membantu mentua
Walau bagaimanapun, anda boleh mengikuti beberapa tips ini sebagai panduan. Sebelum bergerak pulang ke rumah mentua, anda mungkin boleh bawa sekali buah tangan istimewa untuk ahli keluarga belah sana. Setibanya di sana, rajinkan diri bantu masak atau mengemas rumah sempena persediaan raya. Jika tidak pun, sekurang-kurangnya bantulah partner masing-masing dengan memantau keselamatan anak kecil di sana.

Jangan bangun lambat…jaga aurat ketika ipar-duai berada di rumah
Seterusnya, elakkan diri daripada bangun lewat supaya boleh bantu mentua uruskan rumah. Selain itu, biasakan diri untuk bermesra dengan family suami atau isteri supaya anda tidak digelar sombong. Namun begitu, soal aurat turut wajib dijaga sempurna terutamanya di hadapan ipar duai.

Bagi perhatian lebih kepada mentua…jaga aib partner masing-masing
Selain itu, berikan perhatian dengan meluangkan masa bersama mentua seperti masakkan hidangan yang disukai mereka. Perkara paling mustahak adalah jangan bongkarkan aib dan simpan rahsia partner masing-masing. Ada kalanya sesetengah perkara itu mungkin tak diketahui oleh ahli keluarga lain dan hanya dikongsikan kepada kita saja.

Sumber: Portal Pesona Pengantin, Sirap Limau
🚨 Erin Sakura KINI MENCARI INTERN! Klik untuk maklumat lanjut.
Nak cerita lagi? Sertai Telegram Erin Sakura di https://t.me/erinsakura
