Hiburan Viral

Nervous Lepas Sarung Cincin, Bakal Mak Mentua Rasa Tangan Gigil Sejuk Semacam

Nervous Lepas Sarung Cincin, Bakal Mak Mentua Rasa Tangan Gigil Sejuk Semacam

Tak kisahlah sama ada majlis bertunang, nikah atau apa sekalipun, kalau namanya jumpa mak mentua siapa yang tidak gementar? Ingin nampak sopan di mata mereka, kebanyakan wanita pasti akan mengalami perasaan tersebut sehingga tidak dapat menyembunyikannya sama seperti kisah di bawah.


BACA: Bakal Mentua Tak Restu Hanya Kerja Jual Sayur, Wanita Dedah Gaji RM6K Sebulan

Menggigil-gigil kau…Dia dah makan ke belum ni? Sejuk semacam

Sebuah video di akaun TikTok bubblete4princess tular selepas dia berkongsikan situasi sekitar majlis pertunangannya. Sebaik sahaja cincin disarungkan, jurugambar meminta gadis berkenaan untuk bersalam dengan ibu tunangnya. Dalam pada itu, wanita berbaju kurung songket di sebelahnya sempat berseloroh tangan bakal anak menantunya sejuk sehingga mengigil.


@bubblete4princess

listen to what my future mil has to say when she sarungkan the cincin😭

♬ original sound – bubblete4princess – bubblete4princess

Di Singapura majlis bertunang buat kecil-kecilan…Bakal mak mentua sarungkan cincin dalam bilik je

Mengakui pernah gagal dalam hubungan percintaan sebelum ini, pemilik video berkenaan bersyukur setelah Allah pertemukannya dengan tunangnya sekarang. Tambah gadis dari Singapura itu lagi, majlis pertunangan di sana kebiasaannya dilangsungkan secara kecil-kecilan sahaja. Upacara menyarung cincin oleh bakal ibu mentua pula hanya dilakukan di dalam bilik.


@bubblete4princess

met the loml after a failed relationship. seriously, Allah is the best of All planners.

♬ I GUESS I’M IN LOVE – Clinton Kane

Nervous Lepas Sarung Cincin, Bakal Mak Mentua Rasa Tangan Gigil Sejuk Semacam

Ya Allah comelnya, ni mesti MIL kelakar…Caringnya dia, 1st soalan tanya dah makan ke belum

Sejak dikongsikan semalam, video berkenaan telah meraih hampir 70 ribu jumlah tontonan. Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen terhibur melihat gelagat bakal ibu mentua gadis itu mengusiknya. Ada juga antara mereka memuji sikap wanita tersebut yang mengambil berat tentang tunang anaknya.

Nervous Lepas Sarung Cincin, Bakal Mak Mentua Rasa Tangan Gigil Sejuk Semacam

Nervous Lepas Sarung Cincin, Bakal Mak Mentua Rasa Tangan Gigil Sejuk Semacam

Nervous Lepas Sarung Cincin, Bakal Mak Mentua Rasa Tangan Gigil Sejuk Semacam

Nervous Lepas Sarung Cincin, Bakal Mak Mentua Rasa Tangan Gigil Sejuk Semacam

Kredit: TikTok bubblete4princess

Nak cerita lagi? Sertai Telegram Erin Sakura di https://t.me/erinsakura

Nervous Lepas Sarung Cincin, Bakal Mak Mentua Rasa Tangan Gigil Sejuk Semacam

Facebook

Telegram