Viral Hiburan

Nervous Masa Live? Suara Ryan Di Rehearsal Raih Pujian Merdu Bak Penyanyi Asal

Nervous Masa Live? Suara Ryan Di Rehearsal Raih Pujian Merdu Bak Penyanyi Asal

Bermula dengan content hiburan di aplikasi TikTok, ramai yang terharu dan teruja melihat pencapaian Ryan Bakery muncul sebagai pelakon jemputan di rancangan ‘Sepahtu Reunion Live’ malam tadi. Dia telah diberikan watak Fahmi iaitu seorang pelajar samseng persis yang pernah dipaparkan dalam video rekaannya sebelum ini.

BACA : Ryan Bakery Masuk Live, Adiknya Terlepas Cakap Pasal Muncul Di Sepahtu Reunion?

Mantaplah Ryan Bakery nyanyi live di TV

Antara babak menarik adalah ketika dia menyanyikan lagu jiwang berjudul ‘Kenangan Semalam’ milik kumpulan Olan. Mungkin merasa sedikit gugup kali pertama muncul di live rancangan TV, awalnya lelaki berusia 27 tahun ini tersalah timing hendak memulakan nyanyian lebih awal. Meskipun agak malu, dia akhirnya menyanyi dengan lancar disusuli tepukan gemuruh penonton di studio.

Kita belanja sikit Ryan Bakery nyanyi masa rehearsal ‘Sepahtu Reunion Live’

Dalam satu klip lain yang tular, rupanya suara Ryan ketika sesi rehearsal boleh dikatakan sangat merdu berbanding live semalam. Meskipun lagu jiwang tersebut mempunyai key yang tinggi, dia berjaya melontarkan suara tanpa sebarang bunyi sumbang langsung. Sebenarnya dahulu, dia pernah menggunakan lagu sama dalam content bertajuk “Vibe outdoor dengan member” di mana video itu dihasilkan bersama adiknya.

@sepahtureunionlive

Kita belanja sikit @ryanbakery nyanyi masa rehearsal Sepahtu Reunion Live. Astro Warna 107. Jam 9:00 Malam

♬ original sound – sepahtureunionlive – sepahtureunionlive

@ryanbakery

#fyp #rwyfb

♬ original sound – 𝙍𝙮𝙖𝙣𝘽𝙖𝙠𝙚𝙧𝙮 – 𝙍𝙮𝙖𝙣𝘽𝙖𝙠𝙚𝙧𝙮

Macam penyanyi asal bhaiii…Bukan sekadar melawak, suara pun sedap…Cantiknya Allah susun rezeki dia

Sejak dikongsikan semalam, rakaman di TikTok rasmi sepahtureunionlive itu sudah meraih 1.6 juta tontonan. Bukan sekadar terhibur dengan kehadiran Ryan sebagai pelakon jemputan, malahan mereka memuji suaranya yang berpotensi untuk pergi jauh.

Nervous Masa Live? Suara Ryan Di Rehearsal Raih Pujian Merdu Bak Penyanyi Asal

Nervous Masa Live? Suara Ryan Di Rehearsal Raih Pujian Merdu Bak Penyanyi Asal

Nervous Masa Live? Suara Ryan Di Rehearsal Raih Pujian Merdu Bak Penyanyi Asal

Nervous Masa Live? Suara Ryan Di Rehearsal Raih Pujian Merdu Bak Penyanyi Asal

Kredit : IG Zon Lawak & TikTok Sepahtu Reunion, Ryan Bakery

🚨 Erin Sakura KINI MENCARI INTERN! Klik untuk maklumat lanjut.

Nak cerita lagi? Sertai Telegram Erin Sakura di https://t.me/erinsakura

Nervous Masa Live? Suara Ryan Di Rehearsal Raih Pujian Merdu Bak Penyanyi Asal

Facebook

Telegram

Facemask For Kids